(VIDEO) Netizen Puji Keluarga Cina Berhenti Buat Persembahan ‘Tarian Singa’ Sejurus Dengar Azan

Kehidupan

(VIDEO) Netizen Puji Keluarga Cina Berhenti Buat Persembahan ‘Tarian Singa’ Sejurus Dengar Azan

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video memaparkan satu keluarga berbangsa Cina yang berhenti membuat persembahan tarian singa sejurus mendengar laungan azan telah meraih perhatian orang ramai.

Video kejadian itu dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang merakam secara sembunyi dan dari jarak jauh.

Advertisement

Menerusi video tersebut, dilihat keluarga itu baru sahaja ingin memulakan persembahan tarian singa tetapi segera memberhentikan dan memberi penghormatan kepada luangan azan.

azan

Time buat tarian singa, azan asar berkumandang. Diorang stop untuk menghormati, terima kasih saudara-saudaraku.

Sehingga kini, video berkenaan telah meraih 328.5K tontonan dan 31.6K tanda suka di laman TikTok.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen mengagumi tindakan keluarga itu dan akui tersentuh dengan nilai murni yang seharusnya dijadikan tauladan buat semua bangsa.

@ayiebudakcat

respek ?? #fyp #malaysia

? bunyi asal – AyieBudakCat – AyieBudakCat

“Terbaik, so kita yang Islam pun kena hormat agama lain,” tulis seorang netizen.

“Betapa hormatnya ketika laugan azan kumandang, respect.. contoh yang baik,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

dr zulkifli ayam jantan berkokok
2 years ago

Ayam Jantan Berkokok Tanda Kehadiran Malaikat? Ini Jawapan Dr Zulkifli Al-Bakri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...