“Rasa Mahal Tak Payah Makan” – Tak Lingkup Lepas Dikecam Telur Dadar RM13, Wanita Syukur Perniagaan Makin Laku

Kehidupan

“Rasa Mahal Tak Payah Makan” – Tak Lingkup Lepas Dikecam Telur Dadar RM13, Wanita Syukur Perniagaan Makin Laku

Sebelum ini, tular cerita mengenai telur dadar RM13 yang dijual oleh seorang wanita dan ia telah mendatangkan kemarahan para netizen yang menganggap harga itu tidak masuk akal.

Biarpun teruk dikecam ramai, wanita yang bernama Dania Sedek memuat naik hantaran di Facebook memberitahu perniagaan makin dalam sambutan selepas viral.

Advertisement

200 set telur habis dijual hari ini. Semoga asbab Thai Omelette Niase, menjadi punca rezeki peniaga lain.

@daniasedek Replying to @anak zayn malik ? original sound – Ehh Ayienn

Melalui laman TikTok, wanita itu menjelaskan harga telur dadar itu mahal kerana kos bahan mentah lain yang membuatkan ia naik dari RM8 ke RM13.

Tambahannya lagi, dia merasakan harga itu sesuai kerana bahan sampingan telur dadar itu adalah seperti sos ikan premium, taugeh, cili dan lain-lain.

Walaupun sebelum ini netizen kecam, tapi kini ramai juga merasakan harga itu sangat berpatutan dan menasihati yang membenci jika tidak mampu tidak perlu beli.

Telur dadar Rm13
1 year ago

"Tiap kali Goreng Minyak Tukar" - Peniaga Dikecam Jual Telur Dadar RM13, Kalah Harga Restoran Mewah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...