“Tiap kali Goreng Minyak Tukar” – Peniaga Dikecam Jual Telur Dadar RM13, Kalah Harga Restoran Mewah

Kehidupan

“Tiap kali Goreng Minyak Tukar” – Peniaga Dikecam Jual Telur Dadar RM13, Kalah Harga Restoran Mewah

Tular sejak beberapa hari ini mengenai video memaparkan seorang wanita dipercayai pengusaha kedai makan yang menunjukkan demonstrasi masakan telur dadar Thailand di TikTok.

Apa yang menjadi bahan bualan netizen adalah apabila telur dadar berinti itu dijual dengan harga RM13 dan sekaligus membuatkan netizen terpanggil untuk memberi sepatah dua kata.

Advertisement

Kata netizen, harga tersebut amatlah tidak masuk akal dan wanita itu tidak ‘melatah’ apabila dikritik malah mempertahankan harga yang dikenakan pada telur dadar tersebut.

Dulu harga RM8 tiada taugeh, tiada prik nam. Tiada bahan-bahan tambahan, jadi kali ini memang berbaloi.

Harga RM13 ni saya letak selepasa saya pantau harga lain yang orang letak. Kalau saya letak udang, ayam, tiram, lagi saya tak boleh letak harga ni.

Malah, menurut peniaga itu lagi, dia menggunakan tiga biji telur gred A serta minyak gorengan telur dadar akan ditukar setiap kali ada tempahan baru.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil mengecam peniaga tersebut yang meletakkan harga terlalu mahal dan ‘mengalahkan’ harga di restoran mahal.

Komen twitterSumber : Twitter  

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Anak dibuli
8 months ago

Saling Tuduh Menuduh Di 'Group WhatsApp', Ibu Bapa Murid Tak Nak Kalah Tunjuk Anak Siapa Yang Kena Buli

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...