Rasa Macam Nak Buat Pembedahan Plastik? Ini Risiko Komplikasi Yang Mungkin Dialami Selepas ‘Surgery’

Gaya Hidup

Rasa Macam Nak Buat Pembedahan Plastik? Ini Risiko Komplikasi Yang Mungkin Dialami Selepas ‘Surgery’

Sejak baru-baru ini kecoh tentang seorang pelakon tanah air melakukan pembedahan hidung yang mencuri perhatian pelbagai pihak.

Walau bagaimanapun, aktres tersebut tampil menyatakan pembedahan itu dilakukan kerana pernah terlibat kemalangan ketika berumur 19 tahun dan bukannya sekadar suka-suka.

Advertisement

Begitupun, pembedahan kosmetik atau pembedahan plastik sebenarnya mempunyai risiko tersendiri dan boleh memberi pelbagai komplikasi setelah selesainya pembedahan.

 

Antara komplikasi yang mungkin berlaku setelah menjalani pembedahan kosmetik dan plastik:

Hematoma

Komplikasi ini sering berlaku selepas facelift, yang berlaku dalam 1 peratus pesakit. Hematoma merupakan sejenis poket darah yang seakan-akan lebam dan menyakitkan. Komplikasi ini juga boleh berlaku dalam 1 peratus prosedur pembesaran payu dara. Hematoma juga berisiko yang boleh terjadi hampir di semua pembedahan.

Seroma

Seroma berlaku apabila serum, atau cecair badan steril, bertakung di bawah permukaan kulit, mengakibatkan pembengkakan dan kadang-kadang menyebabkan kesakitan. Komplikasi ini selalunya berlaku selepas pembedahan tummy tuck dan berlaku kira-kira  15 hingga 30 peratus pesakit.

Kehilangan Darah

Kehilangan darah boleh berlaku secara dalaman atau pun luaran sebelum mahupun selepas pembedahan. Bagaimanapun, kehilangan darah secara berlebihan boleh menyebabkan penurunan tekanan darah serta boleh mengakibatkan kematian.

Jangkitan

Risiko jangkitan adalah satu komplikasi yang paling kerap berlaku selepas pembedahan plastik. Difahamkan, sebanyak 1.1 hingga 2.5 peratus terkena jangkitan selepas pembedahan pembesaran payu dara. Manakala dalam sesetengah kes lain, jangkitan boleh menjadi parah dan memerlukan antibiotik intravena (IV).

Kerosakan Saraf

Kebas dan kesemutan merupakan rasa yang biasa selepas pembedahan. Walau bagaimanapun, kebas dan kesemutan mungkin boleh menjadi petanda kerosakan saraf. Selalunya kerosakan saraf adalah sementara namun dalam beberapa kes, kerosakan saraf boleh menjadi kekal.

2 years ago

"Saya Dapat Izin Suami.." - Kos Cecah RM166K, Lana Nodin Dedah Empat Kali Buat Pembedahan Hidung

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : sinarplus

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...