“Rasa Macam Fanta Oren..” Peminat Cemburu Lihat Air Gula Wawa Zainal Nampak Sedap

Hiburan

“Rasa Macam Fanta Oren..” Peminat Cemburu Lihat Air Gula Wawa Zainal Nampak Sedap

Pelakon dan juga usahawan, Wawa Zainal menerusi sebuah hantaran di Instagram memaklumkan bahawa dia terpaksa menjalani pemeriksaan gula dalam darah bagi kehamilan ke-4 kala ini.

wawa zainal mengandung
3 years ago

(TAHNIAH) Hamil 6 Bulan, Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel Bakal Timang Anak Ke-4

Advertisement

Menerusi hantaran itu, Wawa berkongsi momen dirinya diberi air gula bagi memantau sebarang diabetes gestasi (GDM).

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®? (@w4w4_zainal)

Jelasnya lagi, dia telah memperoleh bacaan rendah meskipun dirinya merupakan seorang ‘hantu’ coklat.

My first time kena minum air gula untuk cek GDM. Hamil sebelum ni tak pernah..mommies uall dapat bacaan berapa? Wawa punya ni sangat rendah kan//padahal hantu coklat.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikut media sosial Wawa meluahkan rasa hairan melihat air gula yang diminum pelakon filem Sabda Kekasih itu yang kelihatan berbeza daripada kebiasaannya.

Tampil menjawab pertanyaan netizen, Wawa berkata air gula mempunyai rasa seperti air fanta oren dan ia juga membuatkan dia berasa pening kepala selepas meminumnnya.

Sekadar info, Wawa dan suami, pelakon Aeril Zafrel telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012. Rumah tangga mereka kemudiannya meriah dengan kehadiran tiga orang cahaya mata dan kini sedang menanti kehadiran anak ke-4.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...