“Rasa Macam Attention Seeker” – Sharifah Shahirah Akui Kinah Suka Buat ‘Onar’

Hiburan

“Rasa Macam Attention Seeker” – Sharifah Shahirah Akui Kinah Suka Buat ‘Onar’

Terdahulu, selebriti sensasi, Sharifah Sakinah atau lebih mesra dipanggil Kinah sekali lagi menjadi perhatian orang ramai apabila menampilkan imej baru dengan berambut botak di laman Instagram miliknya.

Baru-baru ini, menerusi temu bual bersama Media Hiburan, pelakon Sharifah Shahirah menyifatkan adiknya sebagai individu yang suka mencuri perhatian.

Advertisement

Menurut Shahirah yang mesra disapa Shiera, sebagai kakak dia tidak mengambil perkara itu sebagai suatu hal yang serius kerana lebih mengenali adik sendiri.

Saya rasa dalam yang kritik, ada juga yang suka dengan personalitinya. Dia pula suka ‘buat onar’ kemudian dia akan mediamkan diri.

Jelasnya lagi, orang-orang begini kadang-kala akan berasa marah jika tidak dipeduli oleh netizen, jadi kalau dia rasa senyap, dia mesti akan membuat sesuatu untuk diambil peduli orang.

Rasa rasa macam attention seeker. Ada orang yang begitu. Macam… tak kisah ada orang suka atau tak, tapi dia memang suka diberikan perhatian juga.

Namun, Shiera tidak menafikan bahawa adiknya merupakan anak yang baik terutamanya dalam hal melibatkan keluarga.

Kinah anak yang cukup baik. Rezekinya pun murah sebab dia jaga mak, keluarga. Dia dulu yang akan bagi mak duit, bukan adik-beradik lain.

Dalam pada itu, Shiera memaklumkan bahawa dia langsung tidak kisah tentang apa yang orang katakan dan tidak mahu balas apa-apa mengenai kritikan tersebut.

Katalah kalau dia botak sekali pun, saya sendiri pernah warnakan rambut warna merah, pernah juga hampir botak.

Tambahnya lagi, pengakhirannya bukan manusia yang akan adili, tetapi Allah SWT dan Kinah juga bukanlah melakukan perkara tidak baik seperti mencuri, sakitkan hati orang atau sebaginya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Teruk, Buruk, Hod*h"- Tampil Dengan Imej Botak, Sharifah Sakinah Dikecam Warganet Di Instagram

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...