Rasa Diperhatikan Bila ‘Check-In’? Ini Tips Penting Untuk Cari ‘Hidden Camera’ Di Hotel

Travel

Rasa Diperhatikan Bila ‘Check-In’? Ini Tips Penting Untuk Cari ‘Hidden Camera’ Di Hotel

Biarpun kita berasa seronok apabila pergi bercuti, ada juga beberapa perkara ataupun tips yang perlu kita titik beratkan terutamanya untuk kaum wanita kerana tanpa kita sedar, mungkin ada yang ‘memerhati’.

Bagaimana untuk elakkan hal tersebut berlaku? Perkara pertama kita harus buat sesudah sampai ke tempat penginapan adalah memeriksa sekeliling penjuru bilik selepas check-in.

Advertisement

Jadi ini tips yang berguna ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter untuk kita mencari kamera tersembunyi yang disembunyikan di dalam bilik kita.

1. Guna mata kasar.

mata kasar

Masuk-masuk dalam bilik yang di check-in itu, terus tengok sekeliling anda terutamanya bahagian yang tersembunyi seperti penggera asap, celah susunan majalah, bawah meja, rak TV, dalam aircond, gambar yang digantung, lampu-lampu dan lain-lain.

Paling penting, perhatikan benda yang berwayar ataupun berlampu dan jika nampak adapter ataupun suis yang pelik, terus cabut ataupun tutup suis terbabit.

2. Senyap buat seketika, dengar bunyi-bunyi yang ada.

dengar bunyi

Bila dah check-in, jangan seronok buat bising dulu, tapi pastikan keadaan sekeliling senyap dan lepas itu dengar betul-betul bunyi yang ada kerana ada sesetengah kamera tersembunyi mengeluarkan bunyi buzz tapi sangat perlahan.

3. Ada telefon bimbit? Guna kamera telefon itu!

guna kamera telefon bimbit

Siapa kata telefon bimbit kita tak berguna waktu macam ni? Kamera telefon bimbit itu antara paling penting kalau kita nak cari kamera tersembunyi. Cara-caranya, anda buka kamera telefon dan lepas itu halakan ke sekeliling bilik terbabit. Jika ada kelip-kelip di dalam kamera, barangkali itu adalah sinaran infra merah.

Sinaran infra merah itu memang selalu ada jika kamera sedang record dan benda itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar, hanya boleh guna kamera telefon saja.

4. Lampu suluh.

lampu suluh dalam gelap

Sama seperti kamera telefon, guna lampu suluh ini ketika bilik dalam keadaan gelap. Apa yang anda boleh buat adalah hanya suluh sekeliling bilik itu secara teliti dan kalau nampak pantulan cahaya, disitu mungkin tempat kamera tersembunyi di letakkan.

5. Sentuh cermin guna jari.

letak jari dekat cermin

Rasanya perkara ini sudah ramai yang mengetahuinya kerana sudah diberitahu banyak kali. Anda boleh sentuh cermin yang ada di dalam bilik tempat penginapan itu dan pastikan ada jarak antara jari serta pantulan dalam cermin. Kalau tiada, segera tukar bilik ataupun hotel lain!

Harap tips-tips ini dapat membantu sesiapa yang ingin pergi bercuti!

Thailand tiada kuarantin
2 years ago

Berita Baik Buat Kaki Travel! Anda Kini Boleh Melancong Ke Thailand Tanpa Perlu Kuarantin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...