Berita Baik Buat Kaki Travel! Anda Kini Boleh Melancong Ke Thailand Tanpa Perlu Kuarantin

Travel

Berita Baik Buat Kaki Travel! Anda Kini Boleh Melancong Ke Thailand Tanpa Perlu Kuarantin

Negara Thailand dilaporkan akan menyambung semula program vida tanpa kuarantin untuk para pelancong yang telah lengkap divaksin selepas peraturan itu digantung bagi membolehkan negara itu mengekang gelombang baharu jangkitan COVID-19, lapor Berita Harian.

Perkara itu dimaklumkan jurucakap kerajaan Thailand, Rachada Dhnadirek menerusi akaun Twitter di mana pelawat antarabangsa kini boleh mula memohon Visa di bawah program kemasukan Test & Go Thailand mulai 1 Februari ini.

Advertisement

Kemasukan tanpa kuarantin itu akan diperluaskan kepada pemohon dari semua warganegara dan mereka perlu menjalani dua ujian COVID-19, iaitu satu ujian ketika ketibaan dan satu lagi pada hari kelima.

Usaha itu diambil kerajaan Thailand dalam rangka usaha untuk mengklasifikasikan COVID-19 sebagai fasa endemik dan juga untuk memulihkan sektor pelancongan yang menjadikan sumber pendapat bagi rakyat negara itu.

Menerusi program Test & Go yang sebelum ini telah dilaksanakan telah menyaksikan pengembara dari lebih 60 negara tidak dikenakan kuarantin dan berjaya menarik kira-kira 350,000 pelawat dalam masa dua bulan sebelum ia dihentikan seketika.

Thailand sebelum ini telah bergelut dengan kes baharu yang naik mendadak selepas sambutan Krismas dan Tahun Baru selain turut bergelut dengan tekanan sistem penjagaan kesihatan ketika gelombang jangkitan varian Delta.

kl
2 years ago

Jadi Tumpuan Netizen, Tular 'Spot' Cantik Lihat Matahari Terbenam Di KL

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...