Biarpun kita berasa seronok apabila pergi bercuti, ada juga beberapa perkara ataupun tips yang perlu kita titik beratkan terutamanya untuk kaum wanita kerana tanpa kita sedar, mungkin ada yang ‘memerhati’.
Bagaimana untuk elakkan hal tersebut berlaku? Perkara pertama kita harus buat sesudah sampai ke tempat penginapan adalah memeriksa sekeliling penjuru bilik selepas check-in.
Jadi ini tips yang berguna ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter untuk kita mencari kamera tersembunyi yang disembunyikan di dalam bilik kita.
1. Guna mata kasar.
Masuk-masuk dalam bilik yang di check-in itu, terus tengok sekeliling anda terutamanya bahagian yang tersembunyi seperti penggera asap, celah susunan majalah, bawah meja, rak TV, dalam aircond, gambar yang digantung, lampu-lampu dan lain-lain.
Paling penting, perhatikan benda yang berwayar ataupun berlampu dan jika nampak adapter ataupun suis yang pelik, terus cabut ataupun tutup suis terbabit.
2. Senyap buat seketika, dengar bunyi-bunyi yang ada.
Bila dah check-in, jangan seronok buat bising dulu, tapi pastikan keadaan sekeliling senyap dan lepas itu dengar betul-betul bunyi yang ada kerana ada sesetengah kamera tersembunyi mengeluarkan bunyi buzz tapi sangat perlahan.
3. Ada telefon bimbit? Guna kamera telefon itu!
Siapa kata telefon bimbit kita tak berguna waktu macam ni? Kamera telefon bimbit itu antara paling penting kalau kita nak cari kamera tersembunyi. Cara-caranya, anda buka kamera telefon dan lepas itu halakan ke sekeliling bilik terbabit. Jika ada kelip-kelip di dalam kamera, barangkali itu adalah sinaran infra merah.
Sinaran infra merah itu memang selalu ada jika kamera sedang record dan benda itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar, hanya boleh guna kamera telefon saja.
4. Lampu suluh.
Sama seperti kamera telefon, guna lampu suluh ini ketika bilik dalam keadaan gelap. Apa yang anda boleh buat adalah hanya suluh sekeliling bilik itu secara teliti dan kalau nampak pantulan cahaya, disitu mungkin tempat kamera tersembunyi di letakkan.
5. Sentuh cermin guna jari.
Rasanya perkara ini sudah ramai yang mengetahuinya kerana sudah diberitahu banyak kali. Anda boleh sentuh cermin yang ada di dalam bilik tempat penginapan itu dan pastikan ada jarak antara jari serta pantulan dalam cermin. Kalau tiada, segera tukar bilik ataupun hotel lain!
Harap tips-tips ini dapat membantu sesiapa yang ingin pergi bercuti!