“Rasa Berdosa Pada Suami, Belakang Dia Saya Layan Ustaz” – Wanita 40-an Kesal Turuti Permintaan Ebit Lew

Trending

“Rasa Berdosa Pada Suami, Belakang Dia Saya Layan Ustaz” – Wanita 40-an Kesal Turuti Permintaan Ebit Lew

Sebelum ini, tular cerita tentang saksi kesembilan kes Ebit Lew yang dilaporkan menangis tersedu-sedu selepas membacakan tangkap layar mesejnya bersama pendakwah itu.

Tangkap layar perbualan di Whatsapp itu turut mendedahkan Ebit pernah mengajaknya untuk melakukan hubungan intim serta bertukar pasangan suami isteri.

Advertisement

10 months ago

Kes Ebit Lew: "Dia Ajak Hubungan Intim & Bertukar Suami Isteri" - Saksi Ke-9 Menangis Tersedu-Sedu Di Mahkamah

 

Tak sangka Ebit paksa hantar gambar

Pengadu berusia 40-an tersebut memberitahu Mahkamah Majistret Tenom, Sabah bahawa pada mulanya dia melihat pendakwah itu sebagai sosok yang dihormati.

Katanya, Ebit Lew membawa imej seorang yang baik dan sering membantu mereka yang memerlukan namun tidak menyangka bahawa pendakwah yang sama itu memaksanya menghantar gambar kepadanya.

ebit lew

 

Rasa berdosa pada suami

Ketika prosiding semalam, pengadu itu telah diminta untuk membaca kandungan beberapa mesej yang dihantarnya kepada Ebit dan menjelaskan maksud mesej ‘maaf saya sibuk’ dan ‘sudah mesej di IG’.

Menerusi tangkap layar tersebut, isi kandungan mesej yang itu merupakan kata-kata pengadu yang sudah tidak mahu menghubungi Ebit.

Berdosa sangat pada suami sebab di belakang dia saya layan ustaz, sedihnya. Dulu tengok ustaz, mesti panggil suami tengok sama-sama, abang ikutlah macam ustaz Ebit.

ebit lew

Mesej ini cuma nak cakap je, langsung tidak minta maaf dengan saya, sebab pernah buat yang tidak sepatutnya dengan saya, paksa saya bagi gambar macam-macam. Bodohnya saya ikut.

Ujarnya lagi, mungkin kerana tidak biasa melakukan perkara sebegitu  membuatkan dia teringat-ingat (dosa) dan tidak senang hati (rasa sangat dosa).

Pendakwah berusia 38 tahun itu menghadapi 11 pertuduhan termasuk mengaibkan saksi dengan menghantar kata-kata dan gambar lucah kepada wanita itu di Whatsapp dari Mac hingga Jun 2021.

Mahkamah menetapkan 20 hingga 25 Mei depan untuk perbicaraan disambung semula.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...