Kes Ebit Lew: “Dia Ajak Hubungan Intim & Bertukar Suami Isteri” – Saksi Ke-9 Menangis Tersedu-Sedu Di Mahkamah

Trending

Kes Ebit Lew: “Dia Ajak Hubungan Intim & Bertukar Suami Isteri” – Saksi Ke-9 Menangis Tersedu-Sedu Di Mahkamah

Hari ini, Rabu, 24 Februari telah berlangsung prosidingkes pendakwaan pendakwah terkenal, Ebit Lew di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah.

Menurut laporan, pengadu yang juga saksi pendakwaan kesembilan telah diarahkan untuk membaca tangkap layar mesej perbualannya dengan Ebit Lew di aplikasi Whatsapp.

Advertisement

ebit lew
11 months ago

Kes Ebit Lew : 90 Gambar, 3 Video Berunsur Tidak Senonoh Ditemui. Terdapat 17 Keping Foto Lelaki Keterlaluan

 

Suara mula lantang, lama lama bertukar tangisan

Lapor Awani, pengadu telah membaca satu per satu daripada 436 gambar laporan forensik di dalam cakera padat dan salah satunya merupakan perbualan di mana dia menasihati pendakwah itu untuk membuat taubat nasuha.

ebit lew

Maaf saya cakap-cakap macam ini. Lagi pun masa yang sangat sesuai, dengan kuarantin seminggu.

Bermula dengan suara yang lantang dan jelas didengari, pengadu kemudian berasa sebak dan menangis tersedu-sedu ketika membacakan mesej-mesej tersebut.

 

 

Akan simpan aib

Pengadu yang juga isteri orang itu turut pernah memberi jaminan (melalui mesej) kepada Ebit bahawa dia akan menyimpan aib tersebut memandangkan pendakwah itu selalu berkata mereka hanyalah manusia biasa.

ebit lew

Difahamkan, sesi perbicaraan tersebut kemudian terpaksa ditangguhkan apabila Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad memohon agar saksi tenangkan diri dahulu.

 

Mengaku terpedaya dengan kata-kata Ebit Lew

Nor Azizah kemudian meminta pengadu menjelaskan apakah maksud mesej tangkap layar yang dibacanya di mahkamah itu dan dia berkata,

Saya betul-betul ikhlas untuk memasihatkan Ebit Lew supaya hentikan apa yang dia buat itu sebab itu kalau tengok dari awal saya tidak blok beliau walaupun saya sudah terpedaya dengan kata-kata beliau.

ebit lew

Tangkap layar mesej-mesej itu turut mendedahkan pendakwah berkenaan pernah mengajak pengadu melakukan hubungan intim dan bertukar pasangan suami isteri selain perkataan berunsur lucah.

Dia juga menjelaskan maksud ayat dalam salah satu gambar tangkap layar mesej itu yang tertulis ‘dia tak pernah nak lepaskan saya’.

Yang saya ingat teks itu adalah berkenaan Ebit untuk bertukar pasangan dan saya ada bagitahu ‘tak akan’ dan suami pun tak akan lepaskan saya.

 

Ebit akan padam mesej jika marah

Tambah pengadu itu lagi, Ebit akan memadam apa-apa mesej di aplikasi Whatsapp dengan pilihan ‘for everyone’ sekiranya dia sedang marah.

mesej whatsapp

Gambar hiasan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...