Kes Ebit Lew : 90 Gambar, 3 Video Berunsur Tidak Senonoh Ditemui. Terdapat 17 Keping Foto Lelaki Keterlaluan

Berita

Kes Ebit Lew : 90 Gambar, 3 Video Berunsur Tidak Senonoh Ditemui. Terdapat 17 Keping Foto Lelaki Keterlaluan

Mahkamah Tenom difahamkan terdapat 90 gambar dan tiga video berunsur tidak senonoh ditemui dalam telefon bimbit yang berdaftar atas nama pendakwah bebas, Ebit Lew.

Telefon berdaftar guna e-mel Ebit Lew

Difahamkan oleh saksi kelapan, Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Yip Chang Ching, telefon bimbit tersebut telah berdaftar ataupun digunakan atas penama yang berdaftar menggunakan e-mel [email protected] berserta dua nombor telefon.

Advertisement

Dalam telefon bimbit ini saya telah menemui 90 gambar dan tiga video yang disyaki berunsur seksual seperti gambar menampakkan kemaluan lelaki, buah dada perempuan dan lain-lain.

17 gambar kemaluan lelaki

Dalam pada masa yang sama, Chang Ching memberitahu kepada pihak mahkamah bahawa hasil siasatan mendapati 17 keping gambar memaparkan kemaluan telah dijumpai daripada 90 gambar itu.

Bahkan, beliau turut memberitahu pihak mahkamah bahawa ada tiga gambar serupa dengan gambar bukti yang dikemukakan ketika sesi perbicaraan sebelum ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Tiada sebarang mesej perbualan

Kata Chang Ching lagi, bagaimanapun, tiada sebarang mesej perbualan atau media seperti dokumen, pautan dan gambar yang ditemui.

Kemungkinan tiada mesej perbualan bermaksud telah dipadam dan tiada ‘backup’ dalam telefon bimbit tersebut.

Chang Ching juga berkata selepas sesi menganalisis barang kes itu, ia disimpan dalam almari besi sementara tunggu pegawai penyiasat mengambilnya pada 10 Januari 2023.

kes ebit lew
11 months ago

Kes Ebit Lew: Daripada 936 'Screenshot' Dalam Telefon, 146 Gambar Adalah Berunsur Lucah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...