“Rasa Bangga Tayang Anak Kurang Ajar” – Panggil Ayah ‘Kau’, Netizen Kritik ‘Parents’ Sebab Anggap Ia Kelakar

Trending

“Rasa Bangga Tayang Anak Kurang Ajar” – Panggil Ayah ‘Kau’, Netizen Kritik ‘Parents’ Sebab Anggap Ia Kelakar

Sebagai ibu bapa sudah tentu cara mendidik anak akan sentiasa menjadi perhatian dan pasti ditegur jika ada yang tidak kena.

Seperti sebuah video yang dimuat naik di ‘Reels’ Facebook baru-baru ini dan telah mendapat pelbagai reaksi serta komen daripada ramai netizen.

Advertisement

Video itu menunjukkan sketsa pendek gelagat seorang anak yang geram dan marah dengan tindakan bapanya kerana kacau dia sedang bermain.

Bagaimanapun, kata-kata yang digunakan si anak mendapat kritikan ramai warganet kerana dikatakan kasar.

Lebih membuatkan netizen kritik adalah apabila ibu bapanya menganggap ianya kelakar dan mentertawakannya.

Kau gi tido!”

Selepas menonton video tersebut, ramai berpendapat ibu bapa kanak-kanak itu perlu mendidiknya dari sekarang tentang bagaimana cara bercakap dengan lebih sopan.

Ada yang berkata perkara sebegini bukannya kelakar dan tidak patut dijadikan ‘content’ hanya kerana mereka menganggap apa yang dikatakan oleh anaknya itu akan buat orang lain ketawa.

Sesetengah juga memberi pendapat bahawa anak itu cerminan ibu bapanya dan berasa dia mengikut cara orang yang lebih besar bercakap.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ibu
4 bulan lalu

(VIDEO) "Dihalau & Ditinggalkan Di Rumah Orang Tua" - Anak Didakwa 'Lesap' Lepas Minta Ibu Turunkan Nama Harta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...