Randy Siedman Kawan Lelaki Paling Rapat Sekarang – Fazura

Hiburan

Randy Siedman Kawan Lelaki Paling Rapat Sekarang – Fazura

Kalau anda menatap kembali gambar-gambar sambutan tahun baru 2014 yang dikongsikan oleh Fazura menerusi akaun Instagramnya, anda pasti akan perasan kehadiran seorang lelaki “mat saleh” berkepala botak. Lelaki itu bernama Randy Siedman dan merupakan seorang pemuzik serta DJ yang popular di Los Angeles. Sepanjang percutian di Amerika Syarikat, Randy banyak menemani Fazura. Persoalannya, adakah mereka berdua bercinta?

randy siedman dan fazura

Advertisement

Buat anda yang menyimpan perasaan terhadap Fazura, bolehlah menarik nafas lega. Fazura dan Randy tidak bercinta, namun bagi Fazura, Siedman adalah kawan lelaki yang paling rapat dengannya. Kata Fazura kepada MalaysianDigest.

Dia kawan baik saya. Boleh dikatakan yang dia kawan lelaki paling rapat dengan saya sekarang tapi tidak bermakna kami bercinta. Kami kenal sejak setahun lalu. Ya, dia adore saya dan saya pun adore dia (gelak). Saya rasa tak salah kalau kita nak adore kawan kita.

Dia pernah beberapa kali datang ke Malaysia. Dia juga ada datang sewaktu majlis hari jadi saya yang lalu. Dan saya pergi bercuti ke LA bukan lah sebab semata-mata nak jumpa dia. Dari dulu lagi saya memang menyimpan hasrat nak bercuti ke Amerika. Sebelum ni saya lebih kerap bercuti di negara Eropah.

Tahun lalu saya berkesempatan ke sana dan kebetulan saya ada beberapa orang kenalan di sana termasuklah dia (Randy). Sepanjang saya di sana, dia menjaga dan melayan saya dengan baik. Mungkin sebab saya banyak upload gambar dia, jadi orang hanya nampak dia saja. Padahal saya ada juga beberapa kawan lain di sana

randy siedman dan fazura

Masih ada “can” lagi untuk jejaka-jejaka Malaysia yang mahu menawan hati Fazura. Si cantik manis ini masih lagi single mingle. Kini Fazura sudah pun pulang ke Malaysia dan sedang sibuk mempromosikan filem terbaru lakonannya yang bertajuk “Kami Histeria”. Nampak macam best. Ada Diana Danielle, Sara Ali dan ramai lagi.
randy siedman dan fazura

Beberapa lagi gambar terbaru Nur Fazura dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Fazura.

randy siedman dan fazura
randy siedman dan fazura
randy siedman dan fazura
randy siedman dan fazura
randy siedman dan fazura

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...