Rambut Dipotong Guru Disiplin, Ibu Minta Kembalikan Maruah Anak Sebagai Pengawas

Kehidupan

Rambut Dipotong Guru Disiplin, Ibu Minta Kembalikan Maruah Anak Sebagai Pengawas

Baru-baru ini tular di media sosial di mana seorang individu mempersoalkan tindakan guru sekolah menggunting rambut pelajar kerana dibiarkan panjang sebagai satu hukuman.

Individu itu mencadangkan tindakan yang boleh diambil guru seperti memanggil tukang gunting rambut ke sekolah dan ‘tradisi’ ‘menobek’ rambut murid perlu diubah.

Advertisement

Seorang ibu juga turut tampil meluahkan rasa kecewa apabila pihak sekolah menggunting rambut anak lelakinya dan wanita itu menjadi mangsa kecaman netizen.

Menurut ibu berkenaan, anaknya seorang murid yang berdisiplin, seorang pengawas, selalu menjadi imam dan pengacara majlis sekolah.

Oleh kerana hukuman gunting rambut dikenakan kepada anaknya, murid itu berubah perwatakan dan kemurungan.

Difahamkan, murid itu tidak pernah mengalami isu rambut panjang dan hanya rambut anaknya sahaja yang digunting membuatkan murid itu hilang semangat.

Selain itu, wanita berkenaan juga turut meminta guru yang terbabit mengembalikan ‘maruah’ anaknya sebagai pengawas yang dihormati.

Susulan isu tersebut, rata-rata netizen merasakan bahawa wanita itu perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anaknya dan perlu mengikut peraturan sekolah seperti kanak-kanak lain.

qila
6 bulan lalu

(VIDEO) "Ibunya Meninggal Kanser Lidah.." - Cikgu Buat Lawatan, Terkejut Tengok Keadaan Rumah Murid Tahun 1

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    June 10, 2022 at 10:23 am

    Bagus pindahkan anak dr sekolah tu. Klu dah sampai tahap anak berubah sikap dan emosi lepas potong rambut, maksudnya sekolah tu dah x sesuai lg utk anak. X bagus utk pencapaian dia nti.

  2. lala

    June 7, 2022 at 5:44 pm

    setuju dgn comment org atas..true,sekolah ada peraturan.but adakah kalau peraturan berkaitan rambut dilanggar cikgu2 akan secara automatik ada hak nak potong rambut pelajar?undang2 mana tu?padahal boleh je keluarkan surat untuk ibubapa supaya perkara tersebut diberi perhatian and ibubapa pun boleh ambil tindakan sewajarnya.tu anak orang,bukan anak kau ye.

  3. Anonymous

    June 7, 2022 at 12:43 pm

    definisi rambut panjang mcm mana?
    rambut belakang cecah collar baju
    side burn melepasi telinga
    rambut depan jatuh depan ank mata tanpa di sisir ke belakang atau tepi

    rambut tebal tidak termasuk dlm criteria di atas
    melainkan rambut pelajar memenuhi ciri-ciri di atas, cikgu mohon hormati pelajar seperti seorg manusia seadanya
    netizen jgn sokong perkara yg salah semberono. isu rambut tampak kecil di mata guru tp mgkin besar di mata seorg ibu
    jgn kerana cikgu nk secebis konten, diaibkan pelajar seperti itu
    tidak kira berapa byk amalan baik cikgu, perkara picisan seperti ini akan turut dihitung di akhirat kelak memandangkan pelajar tidak berdosa namun dihukum

    utk ibu & pelajar, bykkan bersabar sbb kita nk keberkatan ilmu. cikgu tersebut pasti akan terima balasan kelak.

Loading...