(VIDEO) “Ibunya Meninggal Kanser Lidah..” – Cikgu Buat Lawatan, Terkejut Tengok Keadaan Rumah Murid Tahun 1

Kehidupan

(VIDEO) “Ibunya Meninggal Kanser Lidah..” – Cikgu Buat Lawatan, Terkejut Tengok Keadaan Rumah Murid Tahun 1

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Reez Mell yang memaparkan keadaan rumah yang dikediami oleh seorang pelajar telah menyayat hati orang ramai.

Menerusi hantaran video tersebut, wanita yang merupakan seorang guru itu dilihat telah membuat lawatan ke rumah salah seorang anak muridnya yang baru sahaja kehilangan ibu akibat kanser lidah.

Advertisement

Apa yang menjadi perhatian ramai adalah keadaan rumah murid tahun 1 itu yang serba kekurangan dan penuh dengan sampah sarap.

qila

Macam mana anak murid ni duduk rumah macam ni.. semangatnya untuk belajar cikgu-cikgu kagumi..

Dalam pada itu, Reez berharap anak muridnya terus kuat dan berjaya pada suatu hari nanti dan meminta orang ramai untuk turut mendoakan kanak-kanak tersebut.

@reezmell

Aqila murid yg sgt kuat walau baru darjah 1..ibunya meninggal kanser lidah.. doakan dia kuat ye sahabat TT?? #anakkuat #ketabahanseoranganak #tiktok #fyp #berandatiktok #masukberandafyp #tiktokmalaysia

? bunyi asal – Pijah Mohamad – Finaz??

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib si kecil itu dan memohon agar pihak berkuasa untuk bertindak dengan memberikan bantuan kepadanya.

Mohon dipanjangkn ke wakil rakyat setempat.. Daif sungguh tempat tu.

Negara kita ni lengkap semuanya… tapi semua tak jalankan tugas dengan betul.. begini la nasib rakyat.. semua nak kena menyembah baru dapat bantuan,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

sewa pawagam belanja besties
2 years ago

“Untunglaa..” - Gadis Beli 70 Tiket Wayang Untuk Tengok ‘Movie’ Dengan BFF, Netizen Kata Tak Membazir Ke?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...