Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

‘Ramai Yang Hasut Papa’ – Serina Jelaskan Kekeliruan, Nafi Nikah Di Siam

Baru-baru ini, cef terkemuka negara, Datuk Chef Wan meluahkan rasa kesal apabila mendapat tahu anak berkahwin tanpa pengetahuannya. Menurut Chef Wan, dia hanya mengetahui mengenai khabar itu setelah dimaklumkan kakaknya.

Advertisement

Tidak hanya mendiamkan diri, Serina Redzuawan menerusi posting terbaru di Instagram menjelaskan kekeliruan dan menafikan dakwaan dia telah berkahwin di Siam. Kata Serina, dia dan suami telah bernikah di sebuah negeri dalam Malaysia namun tidak dinyatakan dimana lokasi sebenarnya.

 

Kata Serina lagi, apabila difikirkan secara logik, tidak mungkin dia menikah di negara seberang apabila sempadan ditutup akibat pandemik. Malah, Serina menjelaskan suami adalah duda dan bukanlah suami orang seperti yang diperkatakan.

Advertisement

Dalam hantaran itu, Serina mengakui ramai yang menghasut bapa untuk melihat keluarganya hancur. Sebagai seorang anak, dia sentiasa menghormati bapa dan mereka tiada masalah sebelum ini.

Serina memohon orang ramai menghentikan tohmahan dan mendoakan kebahagiaan buat keluarga barunya. Dia juga memohon perasaan keluarga mertua dihormati.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

7 Comments

  1. MASAR

    April 12, 2021 at 8:29 am

    KISAH KELUARGA TOKSAH LA BERDEBAT KT MEDIA SOSIAL..SIMPAN LA SAMA PRIVASI HAMPA ANAK BERANAK..DH SEMUA ABIH JAJA APA LG YG TGGAL UTK D JADIKAN PRIVASI..SIAN ANAK..DPT MALU..BINCANG HAMPA ANAK BERANAK SUDAH LAH..XPERLU SATU MALAYSIA TAU…AIB LAH..ADOII..

  2. ATTENTION SEEKER

    April 11, 2021 at 11:54 pm

    ANAK APERLAH NI YG NIKAH SENYAP2 MEBELAKANGKAN BAPA YG PERNAH JAGA KAU ANAK2 KAU SEWAKTU KAU SUSAH MENJANDA… TAK KENANG JASA KE??? KERANA BELALAI KAU SANGGUP “KETEPIKAN” BAPAK KAU????

  3. Koki

    April 10, 2021 at 11:16 pm

    Harap2 nanti Tak nyusahkan diri keluarga Bila perkahwinan bermasalah nanti.
    Dah tau kan ayah awak tu mulut lazer lagi nak buat dia marah.

  4. Anonymous

    April 10, 2021 at 9:27 pm

    mmg la CW restu.. tp time nikah tak bgtau ayag yg selama tolong ko dikala susah, yg still jaga ko cm ko budak2 lagi..tup2 nikah tak ajak ayah sendiri..something wrong la kt situ serina..mmg ko nk menikah takyah wali bapa lagi..ni psl respect pd org tua.. la pompuan. pandai plk nk tuduh ayah ko kn hasut,,.tindakn ko sendiri la serina melukakan hati ayah sendiri

  5. Anonymous

    April 10, 2021 at 4:13 pm

    Tapi jadi tanda tanya. Siapa wali kan dia? Kalau betul bukan kat siam.

    • Anonymous

      April 10, 2021 at 8:37 pm

      Dia dah janda.. wali seterusnya boleh guna wali hakim ataupun adik beradik, pakcik.. benda simple kut

    • tecit

      April 12, 2021 at 11:33 am

      mslhnye bukannye bapak die xsudi. die yg xmenyabo sgt. tunggu jela bapak tu jd wali bukan die dah mati pon. xkire la kawen yg berape kali pon, die ade lagi masalahnye. kenapa? xnk jemput bapak sendiri? mesti ade sebab tuuu.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top