Ramai Teruja Lihat Michelle Yeoh Bantu Mangsa Banjir Di Taman Sri Muda

Hiburan

Ramai Teruja Lihat Michelle Yeoh Bantu Mangsa Banjir Di Taman Sri Muda

Ramai tidak menyangka bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh turut turun padang membantu mangsa banjir dengan menyertai kerja-kerja pembersihan di Taman Sri Muda, Shah Alam semalam.

Michelle Yeoh penerbit siri televisyen skandal 1MDB
2 years ago

Michelle Yeoh Sebagai Penerbit Bersama, Siri Televisyen Tentang Skandal 1MDB Dalam Perancangan

Advertisement

Kehadiran pelakon antarabangsa tersebut yang turut menyalurkan bantuan buat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda 2 telah menarik perhatian ramai pihak.

Ia sesuatu yang luar biasa melihat ramai sukarelawan yang turun padang untuk membantu.

Lebih mengejutkan adalah apabila selebriti seperti Michelle Yeoh turut serta menyalurkan bantuan.

Rakaman pendek ketibaan Michelle menaiki helikopter yang mendarat di perkarangan sekolah tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna bernama @jameswastaken_5529 di laman Instagram miliknya.

Dalam pada itu, pengguna Instagram tersebut juga turut berkongsi foto kenangan bersama Michelle serta sukarelawan yang terbabit dengan misi bantuan tersebut.

Michelle Yeoh

Turut bersama pelakon utama filem Shang-chi and The Legends of the Ten Rings dan Crazy Rich Asian itu ialah tokoh konglomerat, Tan Sri Vincent Tan.

Sekadar info, kedua-dua personaliti itu menyertai kerja-kerja pembersihan pasca banjir itu bersama pasukan 502 Askar Wataniah di bawah Divisyen Ke-4 Infantri Malaysia (4 Div), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Yayasan Taiwan Budhist Tzu-Chi Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...