Michelle Yeoh Sebagai Penerbit Bersama, Siri Televisyen Tentang Skandal 1MDB Dalam Perancangan

Hiburan

Michelle Yeoh Sebagai Penerbit Bersama, Siri Televisyen Tentang Skandal 1MDB Dalam Perancangan

Mengikut laporan dari The Hollywood Reporter, siri televisyen tentang skandal terbesar iaitu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berdasarkan buku Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, And The World sekarang ini sedang berada di peringkat perancangan.

Buku yang ditulis oleh jejaka bernama Tom Wright dan Bradley Hope itu mengisahkan tentang skandal mengenai Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho.

Advertisement

Di dalam buku itu juga, menceritakan bagaimana beliau dituduh oleh kerajaan Amerika Syarikat mendalangi kecurian berbilion dolar daripada dana pelaburan milik kerajaan Malaysia, 1MDB, yang telah dihantar ke akaun bank di Switzerland, Singapura dan Kepulauan Virgin.

Siri televisyen ini bakal diterbitkan oleh Beau William yang juga terbabit dalam drama politik berjudul House Of Cards.

Dalam pada itu, rakan kongsi William, Jordan Tappis dan Tan Sri Michelle Yeoh juga akan dikreditkan sekali sebagai penerbit bersama untuk siri televisyen skandal ini.

 

Di dalam kenyataan yang dibuat oleh William dan Tappis, mereka tertarik dengan kisah yang menggambarkan kerumitan hidup di zaman ini dengan tumpuan watak yang mengelirukan serta mengejutkan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

tauke jambu menikah
2 years ago

Video Tular, Tauke Jambu Selamat Bernikah Lagi?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...