Tidak dinafikan, setiap hari kita pastinya akan membuka laman media sosial kita atas pelbagai tujuan dan media sosial sememangnya sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita zaman sekarang ini.
Salah satu platform media sosial yang kian menjadi trend zaman kini adalah aplikasi TikTok. Aplikasi ini semakin menjadi pilihan ramai sebagai medium untuk berkongsi pelbagai jenis video dan menyerlahkan bakat serta kreativiti masing-masing.
Banyak content-content lucu dan boleh membuatkan kita tersenyum seorang diri yang dikongsikan oleh pengguna aplikasi TikTok ini. Bukan sahaja content menari mahupun menyanyi, ada juga yang menggunakan medium ini sebagai platform menyerlahkan bakat lakonan.
Gelagat lelaki memasak untuk pasangan ini tidak disangka mempunyai plot twist
Tular baru-baru ini di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna media sosial tersebut yang memaparkan seorang lelaki sedang menyiapkan sarapan pagi untuk seseorang.
Dalam perkongsian video tersebut, lelaki itu dilihat sedang sibuk memasak dan menyediakan makanan buat seseorang lalu meletakkan makanan serta minuman yang telah siap disediakan di atas meja sebelah katil.
Perkara tersebut sama seperti babak drama yang sering kita tonton di mana sarapan itu disediakan untuk pasangan mereka yang sedang tidur. Ini membuatkan ramai berfikir yang lelaki itu menyediakan sarapan pagi untuk pasangannya.
Namun, apa yang telah menghiburkan ramai penonton perkongsian video tersebut adalah apabila lelaki itu pula yang kembali baring di atas katil sambil menutup badannya dengan selimut.
Lebih melucukan, lelaki itu kemudiannya berpura-pura baru sahaja bangun daripada tidur dan terkejut melihat makanan yang disediakan itu. Dia juga siap meninggalkan nota yang mengucapkan selamat pagi untuk dirinya sendiri. Lucu betul perangai lelaki ini.
“Akibat single terlalu lama hahaha”
Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 811.8 ribu tontonan, 134.1 ribu tanda like dan 6.4 ribu komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat plot twist dalam video tersebut.
Ramai juga yang berseloroh mengatakan perkara itu adalah kesan yang terjadi kepada lelaki tersebut kerana terlalu lama single tiada pasangan.
Tidak kurang juga yang menganggap tindakan lelaki tersebut merupakan salah satu cara untuk dia menghargai diri sendiri. Apa-apa pun, gelagat lelaki itu sememangnya lucu untuk kita tonton.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara