Terdahulu, pelakon, Aaron Aziz mengakui dia telah dibuang dan tidak lagi terlibat dalam penggambaran filem Original Gangster arahan pengarah, Syamsul Yusof.
Bagaimanapun, pelakon berasal dari Singapura itu enggan mendedahkan punca mengapa namanya dibuang kerana mahu menjadi profesional dan tidak mahu membuka aib mana-mana pihak.
Tampil menjelaskan, pengarah, Syamsul Yusof akhirnya membuka mulut mendedahkan punca sebenar mengapa dia mengugurkan nama Aaron dari filemnya.
Jelas pengarah berusia 39 tahun itu, dia meluahkan rasa bimbang dengan tahap kesihatan Aaron yang mengalami slipped disc.
Saya sebagai sahabat dia, saya takut. Saya ini jenis pengarah selalu ‘push’ pelakon saya di set penggambaran.
Bukan itu sahaja, Syamsul menjelaskan filem arahannya itu mempunyai banyak babak yang melibatkan aksi bahaya dan boleh memjejaskan lagi keselamatan pelakon berusia 47 tahun itu.
Fighting scene, melompat, saya takut jadi apa-apa. Saya juga dipersalahkan. Jadi, saya risau tentang itu. Itu nombor satu.
Dalam pada itu, pengarah filem Mat Kilau itu memaklumkan keputusan menggugurkan nama Aaron bukan keputusan yang dilakukan sendiri, namun turut dinasihati oleh rakan selebriti dan penerbit filem.
Nombor dua, Sharnaaz Ahmad, Beto Kusyairi, penerbit saya, team, semua cakap mereka tidak yakin Aaron boleh berlakon dalam filem ni dengan kondisinya.
Hal ini kerana, Syamsul berkata para pelakon perlu menjalani proses latihan kekutan sebelum mereka melakukan penggambaran tersebut.
@budieychannel Rupanya ini sebab Syamsul Yusof gugurkan nama Aaron Aziz #sembangentertainment #syamsulyusof
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.