Nama ‘Dibuang’ Syamsul Yusof, Aaron Aziz Dapat ‘Offer’ Berlakon Dalam Filem Yusof Haslam

Hiburan

Nama ‘Dibuang’ Syamsul Yusof, Aaron Aziz Dapat ‘Offer’ Berlakon Dalam Filem Yusof Haslam

Terdahulu, pelakon Aaron Aziz mengakui dia telah dibuang dan tidak lagi terlibat dalam pembikinan filem Original Gangster arahan pengarah, Syamsul Yusof.

Bagaimanapun, pelakon berasal dari Singapura itu enggan mendedahkan punca mengapa namanya dibuang.

Advertisement

Jelasnya lagi, dia mahu tetap menjadi profesional dan tidak mahu membuka aib mana-mana pihak.

Yang faham tu faham jelah, yang tak faham, tak payah faham. Saya tak nak buka cerita.

Terkini, Aaron atau nama penuhnya Aaron Mustapha bin Aziz mendapat tawaran berlakon bersama pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam.

Namun, Yusof Haslam menegaskan tawaran yang diberi itu tidak ada kena mengena dengan konflik antara Syamsul dan Aaron.

Saya memang tengah cari pelakon watak penjahat, bila Aaron bagitahu dia digugurkan dan hilang kerja jadi saya ambil dia.

Tak ada isu pasal Syamsul gugurkan Aaron dan saya ambil dia, ni kebetulan je. Kita perlukan watak penting, dia pula sesuai dengan watak tu.

Jelasnya lagi, beliau enggan perkara ini menjadi salah faham terhadap orang ramai kerana tidak berniat untuk membalas dendam kepada anaknya atau sebagainya.

Tak ada niat, demi Allah, Syamsul tu anak saya jadi tak ada isu, saya sayang anak saya. Saya ambil Aaron bukan nak balas dendam ke apa.

Dalam pada itu, Yusof enggan mengambil tahu mengenai konflik antara anaknya dengan Aaron namun berharap mereka berdua dapat menyelesaikan perselisihan faham itu dengan baik.

Mungkin ada salah faham, saya tak pasti kenapa dia digugurkan. Saya tak nak menggores hati anak saya dan orang lain yang terlibat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Syamsul Yusof Aaron Aziz
1 year ago

"Saya Bagi Muka Pada Datuk Yusof Haslam, Siapa Tahu, Tahulah" - Aaron Aziz Akui 'Dibuang' Dari Filem Syamsul Yusof

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...