Ramai Tak Puas Hati Kes Saman Ira Kazar Ditarik Balik, Ini Jawapan Puteri Sarah

Hiburan

Ramai Tak Puas Hati Kes Saman Ira Kazar Ditarik Balik, Ini Jawapan Puteri Sarah

Sebelum ini, pelakon, Puteri Sarah Liyana membuat keputusan untuk menyelesaikan kes saman terhadap bekas madunya, Ira Kazar secara damai di luar Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Lumpur.

Peguam mewakili Sarah iaitu Puteri Ummi memaklumkan perkara itu telah mendapat persetujuan daripada kedua-dua belah pihak.

Advertisement

Bagaimanapun, keputusan itu tidak mendapat respon baik daripada orang ramai yang berang kerana mahukan hukuman sepatutnya dikenakan terhadap Ira dan ahli keluarganya.

komen

Tampil memberi penjelasan, Sarah memaklumkan bahawa dia membuat keputusan tersebut atas sebab-sebab tertentu.

Bukan itu sahaja, pelakon berusia 37 tahun itu berkata tindakannya menarik semula saman terhadap Ira bukan bererti dia kalah.

Malah, Sarah lebih memilih untuk menjaga kesihatan mentalnya dan mencari kebebasan dengan cara melepaskan perkara-perkara yang menyakitinya.

Menurut bekas isteri kepada Syamsul Yusof itu, kebahagiaannya bersama kedua anaknya, Syaikhul Islam dan Summayah adalah perkara yang paling penting dan berharga baginya buat masa ini.

sarah

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

sarah
1 year ago

Kes Saman Puteri Sarah Selesai, Ada Yang Tak Puas Hati Ira Kazar Terlepas - "Seronok Lah Keluarga Penyondol"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...