Penangan drama Suri Hati Mr. Pilot memang cukup hangat dan unik apabila peminat fanatik drama berkenaan sanggup hadir ke majlis tayangan perdana yang diadakan pada hari Isnin meskipun ia merupakan hari bekerja.
Menurut Miss K di portal Astro Gempak, beliau merasa hairan adakah peminat-peminat tidak bekerja semata-mata kerana ingin beramah mesra dengan pelakon utama Neelofa dan Fattah Amin.
Miss K puji effort tu, cuma yang peliknya tu datang beramai-ramai hari Isnin ni tak pergi kerja ke semua tu? Atau mereka ambil cuti semata-mata nak beramah mesra dengan para pelakon?
Kalau betullah mereka ambil cuti, Miss K respek sangatlah. Demi nak berjumpa pelakon kesayangan Suri Hati Mr Pilot, sanggup berkorban buang cuti untuk tatap wajah mereka.
Malah, sebelum ini sesi bertemu peminat ni telah pun diadakan di MPH Nu Sentral dan Singapura dan ia turut mendapat sambutan yang luar biasa.
Drama Suri Hati Mr. Pilot bukan sahaja menarik peminat daripada segi jalan ceritanya, tetapi gosip cinta antara Neelofa dan Fattah juga membuatkan ramai yang ingin melihat kemesraan mereka ketika berlakon.
Tidak dinafikan sambutan drama arahan Michael Ang ini mendapat sambutan yang cukup hangat. Terus-terang kami belum sempat untuk menonton Suri Hati Mr. Pilot meskipun khabarnya minggu ini adalah minggu terakhir drama tersebut bersiaran. Siapa yang dah tonton boleh tak kongsikan apakah kelebihan drama tersebut?