October 24th, 2016

Sejak bergandingan bersama didalam drama Suri Hati Mr. Pilot, gosip cinta Neelofa dan Fattah Amin semakin hari semakin hangat.

Meskipun Fattah berkali-kali menafikan beliau dan Neelofa sedang bercinta, tetapi pendirian Neelofa yang sering mengelak untuk membicarakan hal berkenaan membuatkan orang ramai terus berspekulasi dan tidak percaya bahawa kemesraan yang mereka tampilkan disetiap foto di media sosial tidak memberikan sebarang makna.

Malah, menurut Diva di akhbar Kosmo, ada kru produksi yang mengakui bahawa Fattah dan Neelofa kelihatan cukup selesa bersama.

Jika ada waktu rehat, pasti mereka berdua akan meluangkan masa bersama berbual mesra sehinggakan mereka yang berada di set penggambaran juga tertanya-tanya mengenai status hubungan mereka berdua.

Kadang-kadang bibir menafikan, tetapi perasaan didalam hati tiada siapa yang tahu. Mungkin Neelofa mengelak kerana tidak mahu perkara ini dipanjangkan, tetapi pada waktu ini adalah lebih baik untuk memberikan penjelasan pada peminat kalau tiada apa-apa. Jadi spekulasi dapat dihentikan.

Sumber Berita : Kosmo!


Comments are closed.

Loading...