Tak lama lagi Hari Raya Aidiladha akan menjelang tiba. Ramai mula terfikir nak buat ibadah korban. Tapi bila fikir balik, terus rasa mesti renyah, macam mana nak mula?
Nak cari pihak pelaksana lagi, nak pilih lokasi lagi, belum masuk fikir proses pembayaran dan macam mana nak pastikan semuanya betul dan sah.
Last-last, niat tinggal niat sebab rasa macam terlalu rumit nak uruskan sendiri. Sebenarnya ramai alami benda sama.
Niat memang ada, cuma selalu “tersangkut” sebab tak tahu nak mula dari mana. Memang rugi, lebih-lebih lagi peluang ni datang setahun sekali sahaja.
Tapi sekarang, ramai dah mula sedar rupanya proses buat korban sebenarnya boleh jadi sangat mudah. Tak perlu keluar sana sini, tak perlu pening kepala urus macam-macam.
Dengan Zabeeh Services, semuanya boleh dibuat secara lebih cepat dan tersusun. Yang paling tak sangka, proses dia straightforward sampai rasa macam “Eh, kejap je dah siap?”
Kenapa Kena Laksanakan Korban Dengan Zabeeh Services

Untuk melaksanakan ibadah korban dengan Zabeeh Services, caranya cukup ringkas dengan beberapa langkah:
1.Pilih pakej korban ikut bajet. Harga bermula serendah RM320 untuk satu bahagian lembu.
2.Pilih sendiri negara pelaksanaan seperti Indonesia, Kemboja, Afrika dan beberapa lagi pilihan lain.
3.Isi maklumat dan buat pendaftaran serta pembayaran.
4.Pihak Zabeeh akan hantar pengesahan.
5.Bukti pelaksanaan turut disediakan dalam bentuk galeri, dokumen atau sijil.
Siap. Mudah, tak perlu prosedur rumit atau makan masa seperti difikirkan sebelum ini.
Tak perlu pening fikir logistik. Tak perlu tercari-cari siapa nak uruskan. Semua dah disusun dengan lebih jelas dan teratur.
Apa yang buat ramai lebih yakin dengan Zabeeh Services ini, setiap negara pelaksanaan dinyatakan dengan jelas dan bukti pelaksanaan juga memang disediakan.
Jadi hati pun lebih tenang bila tahu ibadah korban benar-benar dilaksanakan.
Lagi Bermakna Bila Tahu Sampai Kepada Yang Memerlukan

Selain mudah, antara perkara yang paling memberi rasa puas bila buat korban adalah apabila kita tahu bantuan itu sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
Bila fikir balik, sebenarnya ibadah korban bukan sekadar proses ketika sembelihan semata-mata.

Ibadah korban berkait tentang berkongsi rezeki dan menggembirakan mereka yang jarang dapat menikmati makanan berkhasiat bagi saudara seagama yang kurang bernasib baik.

Sebab itu ramai sekarang lebih memilih platform yang lebih jelas, mudah dan diyakini seperti Zabeeh Services.
Kalau anda pun jenis sibuk dan tak nak pening kepala urus semuanya sendiri, mungkin ini cara yang lebih sesuai untuk dipertimbangkan.
Tarikh Tutup 26 Mei 2026
Cepat-cepat semak pakej korban yang ditawarkan sebab tarikh tutup adalah pada 26 Mei 2026. Anda juga boleh terus bertanya slot atau negara pilihan melalui WhatsApp atau website rasmi Zabeeh Services.
Jangan lupa follow Facebook dan Instagram mereka untuk info serta promo terkini.

