Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan rakyat perlu bersedia dengan kenaikan semula harga ayam.
Menurut Kosmo, selepas Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) tamat pada 4 Februari ini, harga ayam akan naik melebihi RM9.10 sekilogram.
Kata beliau, harga siling ayam segar dijangka akan dirombak semula bagi memastikan sektor penternakan dapat mengeluarkan jumlah bekalan yang seimbang.
Difahamkan, kadar siling terkini diwartawakan adalah RM9.10 sekilogram dan nilai itu menyukarkan para penternak untuk mengeluarkan bekalan diperlukan disebabkan kos operasi yang meningkat terutamanya membabitkan pembelian dedak dari luar negara.
Susulan itu kita akan mempertimbangkan semua harga siling ayam segar diwartakan sebelum ini iaitu RM9.10 sekilogram untuk mewujudkan situasi menang-menang kepada pengguna dan pembeli.”
Beliau turut merayu agar rakyat bersedia dan dapat faham situasi tersebut dalam usaha kementerian cuba mencari mekanisme terbaik untuk mengimbangi harga serta jumlah bekalan diperlukan negara.
Kita juga berbincang dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Agrobank dan Kementerian Kewangan untuk membantu penternak ini mengurangkan bebanan kos operasi.”