Naikkan Harga Roti, Penggeluar Massimo Akan Dipanggil KPDNHEP Beri Penjelasan

Berita

Naikkan Harga Roti, Penggeluar Massimo Akan Dipanggil KPDNHEP Beri Penjelasan

Selepas membuat keputusan untuk menaikkan harga produk makanan, pengeluar roti Massimo akan dipanggil oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk memberi penjelasan.

Menurut Timbalan Menterinya iaitu Datuk Rosol Wahid, kenaikkan harga yang dilakukan akan membebankan lagi pengguna yang ketika ini sedang berdepan dengan kesan pandemik COVID-19 serta bencana banjir terjadi baru-baru ini.

Advertisement

Kita akan panggil pengeluar Massimo. Kementerian nak tahu apa alasan kenaikan itu dan apa alternatifnya untuk rakyat.

Roti Massimo naik hargaSumber : Google 

Dalam pada itu, Rosol berkata semasa jenama roti popular Gardenia menaikkan harga produk mereka pada 1 Disember tahun lalu, pihaknya turut mengadakan sesi konsultasi bersama pengeluar iaitu Gardenia Bakeries.

Tambahnya lagi dalam sesi temubual bersama Berita Harian, syarikat itu menaikkan harga atas alasan peningkatan harga bahan mentah yang berada di luar kawalan mereka dan pihaknya berjanji akan mengeluarkan produk roti baharu yang dijual pada harga lama.

Sekadar info, kenaikan harga roti Massimo mula berkuatkuasa pada 1 Januari lalu, The Italian Baker menaikkan harga roti, salah satunya adalah harga roti sebuku White Sandwich 400 gram (g) yang berharga RM2.38 kepada RM2.80.

Gardenia
2 years ago

Harga Barang Naik, Roti Gardenia Perkenal Harga Baru Mulai 1 Disember Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...