Harga Barang Naik, Roti Gardenia Perkenal Harga Baru Mulai 1 Disember Ini

Berita

Harga Barang Naik, Roti Gardenia Perkenal Harga Baru Mulai 1 Disember Ini

Syarikat roti terkemuka, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) dilaporkan akan menyemak semula harga bagi produk-produk keluaran syarikatnya berkuatkuasa 1 Disember ini, lapor Astro Awani.

Perkara tersebut dimaklumkan Gardenia KL dalam sebuah kenyataan media di mana syarikat mereka berada dalam kedudukan sukar kerana peningkatan ketara dalam kos pengeluaran dan bahan-bahan.

Advertisement

Ia sekaligus menjadikan mereka tidak mempunyai pilihan lain kecuali menyemak semula harga roti yang dihasilkan sejak turun temurun.

Maklum Gardenia KL lagi, syarikat mereka sangat terkesan akibat pandemik dan telah berusaha sedaya upaya untuk menyerap kenaikan harga barang mentah namun peningkatan kos baru-baru ini telah membuatkan mereka menghadapi cabaran yang ternyata berbeza.

Semakan harga itu melibatkan produk dalam keadaan tertentu, yang mengekalkan harga selama bertahun-tahun, termasuk rangkaian roti Gardenia Original Classic.

Selain itu, harga produk yang berubah turut meliputi rangkai Gardenia Delicia, ban, roti krim, mufin, Gardenia Twiggies, Wafel dan Gardenia NuMee.

Harga baur roti gardeniaSumber : Twitter  

Jelas syarikat itu lagi, semakan harga itu dilaksanakan ekoran daripada kenaikan harga barang mentah seperti tepung, lemak sayuran, serbuk koko, susu dan juga aspek pembungkusan.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai surat pemakluman syarikat roti terkenal Malaysia itu kepada peruncit terlibat mengenai kenaikan harga produk mereka yang dijadualkan bermula pada 1 Disember ini.

Dalam notis tersebut, terdapat 38 produk telah tersenarai dan akan mula dijual pada harga baharu dari tarikh tersebut.

Sotong Appollo hameediyah
2 years ago

Tular Resit Harga Sotong RM100, Pelanggan Mohon Maaf Pada Pengusaha Restoran

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...