Lapor pakar perkiraan bahagian strategi Kumpulan Wang Simpanan Malaysia (KWSP), rakyat Malaysia yang ingin bersara dengan tenang dalam tempoh 20 hingga 30 tahun lagi memerlukan sekitar RM900,000 sehingga RM1 juta dalam akaun simpanan mereka.
Menurut kajian, nilai wang sebanyak itu dinilai setelah diambil kira beberapa faktor seperti inflasi dan kos perubatan yang perlu ditanggung ketika hari tua.
Manakala menurut ringgit.com, rakyat Malaysia yang ingin bersara dalam beberapa tahun mendatang pula perlu memiliki nilai ambang persaraan sekitar RM600,000 dan hanya 4% daripadanya sahaja yang mampu bersara pada nilai tersebut.
KWSP juga mendapati sekitar 56% pencarum yang berusia 54 tahun memiliki simpanan kurang daripada RM50,000 dan menurut perkiraan, para pesara hanya mampu bertahan selama 4 tahun sahaja dengan anggaran perbelanjaan sekitar RM1,000 sebulan.
Katakan anda nak bersara dengan RM1 juta pada umur 55.
Anggaran pulangan pelaburan 10%.
Kalau mula umur 25 perlu simpan RM507 sebulan.
Kalau mula umur 30 perlu simpan RM848 sebulan.
Kalau mula umur 35 perlu simpan RM1,455 sebulan.
Lebih awal mula, lebih baik.
— Kauthar Rozmal (@mohdkautharr) December 14, 2021
Memberi contoh, Alor Setar merupakan lokasi untuk tinggal dengan nilai persaraan yang selesa di mana seseorang itu memerlukan RM480,000 manakala di Kuala Lumpur pula, pesara perlu sekurang-kurangnya RM600,000 untuk bersara dengan ‘bermaruah’.
Berikutan itu, pihak mereka menyarankan agar rakyat mewujudkan beberapa sumber simpanan lain dan pelaburan selain daripada KWSP. – The Star
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.