Ditanya Siapa Buat, Bella Sebut ‘Benon’, ‘Panas’ Dan Tunjuk Isyarat Diikat – Pakar Psikiatri HTA

Berita

Ditanya Siapa Buat, Bella Sebut ‘Benon’, ‘Panas’ Dan Tunjuk Isyarat Diikat – Pakar Psikiatri HTA

Susulan daripada perbicaraan kes penderaan antara pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun terhadap kanak-kanak kurang upaya, Bella diteruskan semalam apabila saksi pendakwaan ke-17, Pakar Psikiatri Hospital Selayang, Dr Wan Asyikin Wan Azlan tampil menyampaikan hujah dan bukti berkaitan seperti laporan Berita Harian Online.

Kata Wan Asyikin, Bella ada memaklumkan dan memberi isyarat pergerakan ketika sesi temu bual bersama Pakar Psikiatri di Hospital Tunku Azizah (HTA).

Advertisement

Maklumat tersebut disampaikan oleh Wan Asyikin ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, di Mahkamah Sesyen, semalam

Menurutnya, Bella ada membuat pergerakan tangan seperti diikat selain menggosok matanya.

keterangan kes bella bainunSumber : Berita Harian Online  

Malah, Bella turut menggelengkan kepala ketika ditanyakan dua soalan iaitu sama ada dia ingin berjumpa Siti Bainun dan mahu ingin balik ke Rumah Bonda atau tidak.

Meskipun begitu, saksi memaklumkan bahawa Bella tidak mempunyai keupayaan intelektual meskipun menjawab soalan yang diajukan namun masih boleh menguruskan diri sendiri dan bersosial.

keterangan kesSumber : Berita Harian Online  

Selain itu, saksi juga bersetuju dengan peguam mengenai tiada keterangan daripada Bella ada mengungkap perkataan ‘disimbah’ atau ‘simbah’.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi dilaporkan akan bersambung pada hari ini.

Terdahulu, Siti Bainun Ahd Razali,30, telah mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan melibatkan penganiayaan dan pengabaian terhadap remaja perempuan berumur 13 tahun sehingga mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

lelaki dihukum penjara
2 years ago

Rogol Dan Ugut Bunuh Anak Kandung, Bapa Dihukum Penjara 45 Tahun & 240 Sebatan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...