“Rakyat Malaysia Ni Hangat-Hangat Tahi Ayam Je..” – Ramai Pakat Boikot McD, Ini Respon Michael Ang

Hiburan

“Rakyat Malaysia Ni Hangat-Hangat Tahi Ayam Je..” – Ramai Pakat Boikot McD, Ini Respon Michael Ang

Penerbit dan pengarah sensasi Michael Ang baru-baru ini tampil mambahas tentang isu rakyat Malaysia ingin memboikot francais makanan segera, McDonald’s yang katanya telah menyumbang makanan kepada rejim Zionis.

Di dalam Instagram story, Michael menganggap orang Malaysia ini kebanyakkan tidak akan memboikot dengan sepenuh hati, malah jika betul francais makanan itu menyokong mereka, tidak sepatutnya wujud McDonald’s di tanah air ini.

Advertisement

Agak lawak eh sampai Mcd kena keluar statement untuk pertahankan diri mereka tentang isu tu. Rakyat Malaysia ni boikot hangat-hangat tahi ayam je.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Bukan itu sahaja, pengarah berumur 47 tahun ini turut berkata, dia merasakan hal memboikot itu tidak masuk akal memandangkan pemilik serta pekerja francais itu semua terdiri dari orang kita sendiri.

Bukan saya support mereka, tapi takkan lah kita nak korbankan yang lain disebabkan hal ini.

Sebelum ini, McDonald’s Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan pemegang francais individu tidak boleh dianggap sebagai tindakan global dan baru-baru ini difahamkan telah turut menyumbang kepada bantuan Palestin.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

7 months ago

"Nak Aku Menangis Merayu Ke.." - Kameo Dalam Filem Tak Dapat Sambutan, Michael Ang Kesal Dengan FINAS

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Murai

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...