“Nak Aku Menangis Merayu Ke..” – Kameo Dalam Filem Tak Dapat Sambutan, Michael Ang Kesal Dengan FINAS

Hiburan

“Nak Aku Menangis Merayu Ke..” – Kameo Dalam Filem Tak Dapat Sambutan, Michael Ang Kesal Dengan FINAS

Tidak sangka filem tempatan yang baru ditayangkan di pawagam telah dibatal oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di beberapa  panggung wayang, pengarah dan penerbit terkenal Malaysia tidak puas hati.

Menerusi  laman sosial Instagram miliknya, Michael Ang mengatakan rasa tidak puas hati bila filem yang diterbitkan rakannya,  pelakon Sharifah Shahora dan suaminya tak mendapat sambutan yang sepatutnya.

Advertisement

Filem bagus, kritikan yang dah tengok bagus, sinematografi bagus. Tapi, tak ramai tengok. Finas buat apa Finas?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Pengarah siri drama televisyen Suri Hati Mr. Pilot itu turut mengatakan Finas sesuka hati mambatalkan tayangan walaupun ada protokol untuk 7 hari wajib tayang.

Nak aku menangis ke merayu nak suruh korang pergi tengok filem ni.

Michael memujuk agar ramai menyokong filem lokal kerana menurutnya kuasa viral netizen sangat kuat dalam hal- hal sebegini.

mike

Melihat di ruangan komen, followers penerbit itu akui bahawa filem Pagari Bulan itu kurang marketing. Oleh itu, ramai tak tahu tentang kewujudan filem tersebut.

Namun begitu, angkara video Michael, semakin meninggi tontonan Pagari Bulan di panggung wayang sekarang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

FI THE EXORCIST
7 months ago

Demam Filem THE EXORCIST: BELIEVER, YouTuber Lokal Kongsi Sebab Peminat Filem Seram Perlu Tonton

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...