Sedia maklum, usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, baru-baru ini ada memuat naik muzik video raya tahun ini berjudul Love Raya yang membuatkan ramai pihak berasa kurang senang kerana kandungannya dianggap keterlaluan.
MCMC ambil tindakan
Susulan itu, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengeluarkan kenyataan bahawa teaser video raya yang dimuat naik oleh Aliff dilihat sebagai kandungan bersifat jelik yang membolehkan ia melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
MCMC berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (Akta 588).
Kemenangan pertama rakyat Malaysia..
Netizen 1 – 0 Aliff Syukri
Terima kasih Fahmi Fadzil.. pic.twitter.com/wi1uPPYVue
— Jalal Misai (@jllmisai) April 3, 2024
Sim kad, telefon bimbit disita
Dalam pada masa yang sama, pegawai penyiasat juga sudah menyita sim kad dan telefon bimbit milik suspek yang digunakan untuk memuat naik video teaser raya tidak senonoh itu.
Jika disabit bersalah, Aliff Syukri boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda sebanyak RM50,000 atau kedua-duanya sekali.