“Kenapa Dia Tak Boleh Ditangkap Mempersendakan Agama?” – Netizen Gesa Aliff Syukri Dikenakan Hukuman Lebih Berat

Hiburan

“Kenapa Dia Tak Boleh Ditangkap Mempersendakan Agama?” – Netizen Gesa Aliff Syukri Dikenakan Hukuman Lebih Berat

Pada hujung minggu baru-baru ini, usahawan yang sering membuat kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi teruk dikecam gara-gara video muzik lagu rayanya berjudul, Love Raya.

Seperti tahun yang sebelum ini, Aliff menampilkan beberapa lelaki lembut yang dilihat menari terkinja-kinja dan sangat tidak sesuai ditonton oleh golongan kanak-kanak.

Advertisement

aliff syukri
1 month ago

"Saya Dah Buat Susah-Susah, Dah Bayar Puluhan Ribu.." - Akui Kecil Hati Dikecam, Aliff Syukri Padam MV 'Love Raya' Demi Ibu

 

Kenapa tak ditangkap?

Menerusi media sosial, ramai masyrakat yang mencemuh tindakan Aliff kerana melancarkan video muzik sebegitu pada bulan Ramadan apatah lagi kita kini sedang berada di 10 malam terakhir.

Seorang individu mempersoal mengapa usahawan berusia 35 tahun itu tidak boleh ditangkap oleh pihak berkuasa atas kesalahan mempersendakan agama.

Individu tersebut turut menggesa pihak berwajib agama untuk menjawab persoalan tersebut.

aliff syukri

komen

 

Patut kena hukuman lebih berat

Seperti yang kita tahu, Aliff pernah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada tahun 2022 atas empat pertuduhan membuat video bersifat sumbang namun usahawan itu mengaku tidak bersalah.

Namun netizen berpendapat Aliff sewajarnya dikenakan hukuman yang lebih berat kerana mengulangi kesalahan yang sama pada tahun ini, menghasilkan video sumbang.

komen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...