Menggunakan telefon bimbit sambil memandu sememangnya satu kesalahan besar dan sesiapa pun akan dikenakan tindakan undang-undang jika tidak mematuhi peraturan berkenaan.
Bagaimanapun, jika pihak berkuasa sendiri yang melakukan kesalahan terbabit pasti ramai yang tertanya-tanya tindakan apakah yang akan diambil kepada mereka kan?
Seperti satu video ini yang memaparkan anggota polis memandu sambil bermain telefon telah mendatangkan banyak persoalan dikalangan warganet.
Di dalam video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di platform TikTok itu, jelas kelihatan anggota polis yang sedang memandu kereta menjawab telefon, memandangkan kereta yang dinaiki tidak mempunyai ‘tinted’ gelap.
Sudah semestinya hal itu telah mendatangkan rasa tidak puas di kalangan netizen yang menontonnya, lalu meninggalkan komen kritikan kepada pihak anggota polis terbabit.
Biarpun ramai yang mengecam anggota polis berkenaan, namun ada juga netizen bersangka baik pada mereka dengan mengatakan barangkali polis terbabit perlu menjawabnya kerana ada tugas yang perlu diselesaikan dengan segera.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.