Sejak kebelakangan ini, sukan ekstrem parkour sememangnya sudah tidak asing buat kita dan ramai individu yang mula menceburi bidang sukan ekstrem ini.
Tetapi macam yang kita tahu, sukan ekstrem ini agak berbahaya dan bukan calang-calang orang boleh melakukannya. Ia memerlukan latihan yang banyak serta pantauan yang ketat.
Kebiasaannya, individu yang berani melakukan parkour di tempat-tempat tinggi dan berisiko ini merupakan mereka yang sudah dilatih dan profesional.
Tular baru-baru ini di platform media sosial iaitu TikTok, video yang memaparkan seorang pemuda merakam dirinya berdiri di atas signboard IKEA dan telah mencuri tumpuan ramai. Beraninya dia!
Berdiri dan lepak atas signboard IKEA?
Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan seorang pemuda merakam dirinya berada di atas signboard IKEA. Pemuda bernama @faizpaehh tersebut merupakan seorang pro parkour freerunner dan sudah biasa dengan sukan ekstrem parkour ini.
Pemuda itu bukan setakat merakam dirinya berada di atas signboard tersebut, terdapat juga adegan dia duduk di atas signboard itu sambil menikmati makanannya. Terlalu santai ya dia.
Apa yang membuatkan ramai penonton kecut perut dan terpukau adalah apabila dalam rakaman itu juga menunjukkan betapa tingginya signboard tersebut, macam mana dia boleh berani panjat tu? Tidak gayat ke ‘bang’?
Lebih menarik lagi, dia juga menggunakan effect drone yang jelas memaparkan pemandangan di sekeliling signboard itu, menambahkan lagi rasa gerun penonton.
“Kau yang duduk atas tu, aku yang gayat”
Di ruangan komen perkongsian pemuda itu, rata-rata warganet turut merasa gayat dan ingin tahu macam mana pemuda itu boleh naik sampai ke atas signboard berkenaan.
Lebih mencuit hati, terdapat juga komen daripada indivdu yang mahu turut serta dengan pemuda tersebut di atas signboard berkenaan. Ramai juga yang memuji dan mengagumi keberanian pemuda tersebut.
Kalau korang ada ternampak pemuda ni panjat signboard IKEA lagi, tolong kirim salam ya.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara