IKEA Cheras Ditutup Selepas Ada Kes Positif & Viral Penuh Orang Sebelum Ini

COVID-19

IKEA Cheras Ditutup Selepas Ada Kes Positif & Viral Penuh Orang Sebelum Ini

Ramai yang meluahkan rasa bimbang mereka bila melihat keadaan PKP2.0 tidak ketat seperti PKP tahun lalu. Kita dapat lihat sendiri keadaan tempat kita yang masih sesak dengan orang seperti tak ada apa berlaku.

Sebelum ini juga tersebar gambar menunjukkan orang beratur panjang dan bersesak untuk membeli barang kelengkapan rumah di sebuah gedung perabot terkemuka IKEA. Hasilnya?

Advertisement

 

Hari ini IKEA Malaysia dalam satu kenyataan rasmi telah mengesahkan penutupan IKEA cawangan Cheras bermula 25 Januri 2021 selepas pengawal keselamatan mereka disahkan positif Covid-19.

Advertisement

Kes ini berjaya dikesan berikutan ujian saringan rutin yang dijalankan pihak IKEA bagi memastikan keselamatan pekerja dan pelanggan terjamin.

Kami akan terus melaksanakan langkah keselamatan termasuk mengubah pekerja dari pihak vendor perkhidmatan, pengesanan kontak rapat dan ujian swab, kuarantin untuk kontak rapat serta kerja sanitasi. – Tulis kenyataan terbabit.

Harap kita dapat gunakan tempoh yang ada ini untuk kurangkan peningkatan kes baharu dan elakkan untuk pergi ke tempat yang sesak. Lebih ramai yang akan terjejas sekiranya kita gagal menggunakan waktu ini sebaiknya.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...