Written by Bella | October 17th, 2016

Sekitar bulan lepas, ada khabar angin mengatakan hubungan cinta antara Raja Afiq dan Anis Al Idrus telah berakhir. Namun, Anis menyifatkan penyebaran berita berkenaan sebagai satu fitnah kerana mereka masih lagi bercinta.

Walaubagaimanapun, Raja Afiq yang tidak mahu terus menipu peminat mengesahkan beliau dan Anis sebenarnya sudah putus cinta sejak dua bulan lepas.

Raja Afiq memberitahu beliau mengambil masa untuk berterus-terang kerana sebelum ini masing-masing belum bersedia dan tidak mahu kisah putus cinta ini jadi berita hangat.

Ketika itu, saya masih tidak berani untuk bercakap mengenai perkara ini. Tetapi apabila berfikir kembali, sampai bila saya mahu menyembunyikan kenyataan ini? Khususnya dengan peminat kerana nanti semua orang akan tahu perkara sebenar.

Saya tiada nita untuk membiarkan orang luar berteka-teki mengenai hubungan kami. Saya juga tidak mahu perkara ini dijadikan isu, membuatkan saya membiarkan sahaja dulu sehingga bersedia untuk berkongsi mengenainya.

Buat masa ini Raja Afiq enggan lagi memikirkan soal cinta dan ingin fokus kepada karier lakonannya yang baru sahaja bermula.

Saya mahu terlebih dahulu, menggembirakan ibu dan membalas jasanya kerana dia sudah berkorban membesarkan saya dan empat lagi kakak. Mungkin sesetengah pihak tidak faham situasi ini, tetapi saya ingin menyatakan fokus utama sekarang adalah kerjaya dan keluarga.

Mungkin Allah mahu memberikan jodoh yang lebih baik kepada saya dan Anis selepas apa yang berlaku ini.

Kalau tiada jodoh hendak buat bagaimana, tetapi Anis sepatutnya terus terang sahaja daripada awal meskipun apa yang berlaku pahit untuk ditelan. Apa-apa pun, kami harap mereka berdua tidak bermasam muka.

Sumber Berita : Berita Harian

22 responses to Raja Afiq Akui Sudah Putus Cinta Dengan Anis Al Idrus Sejak Dua Bulan Lepas

  1. sentap says:

    makeup cam opera..dagu lak cam kemek2…x natural beauty lgsg…berlakon pun tak seberapa…gosip lebih…

    8

    0
    • bbycumil says:

      bercinta dan putus cinta..tu je la cite ko anis al idrus

      16

      0
    • Anonymous says:

      si cantik ni asyik putus cinta jer……

      2

      7
    • anon says:

      sentap. 10.39……..ko jeles ke??? Biasalah perempuan cantek mcm anis ni ramai haters..
      Anis, ko kawen jelah dgn sultan kelantan tu. Kau seribu kali lagi lawa drp si lopa tu & takde lah gedik mcm minah katek tu…

      0

      8
  2. JIMBO says:

    Eh, ni yg hari tu kecoh pasal upload gambar sama2 dekat instagram tu kan?

    0

    0
  3. melati says:

    pasni berebut lah artis2 pompuan nk kan Raja Afiq…..Kerabat tuuu..!!! hihihi

    1

    3
  4. susher says:

    Raja Afiq nak ke aku

    2

    0
  5. kurma taiyob says:

    kira becinta ngn anis ni sbg batu loncatan kah??
    dah popular terus dump gf..

    15

    0
  6. Anonymous says:

    dh jangka

    9

    0
  7. Anonymous says:

    comfrom. anis cari lah yang sebaya, atau berumur sikit. ni budah2 baru nak up payah

    13

    0
  8. huh says:

    siapakah mereka ber2?..
    serius tak tahu ni..

    6

    1
  9. alia says:

    Semua lelaki tak lekat dia dgn dia .tak tau knp

    3

    1
  10. kannnnnnnnn says:

    Haaaaa, tu lah,,aritu kite org pesan dh, ko x nk dengar..x yah je couple ngn si anis ni..selera dia mmg artis je..tp pas dia boring ngn ko then sangkut ngn org lain plak, mmg dia main tinggai je..so, pasni amik sikit pengajaran ye..

    0

    3
  11. Aku kurus due to genetic says:

    Takkan putus sebab tau Raja Afiq pernah gemuk kot, kemonlah lelaki setakat nak turun berat badan senang jer, 2 bulan jer dah settled.

    0

    6
  12. Hakak jemah says:

    Spesis zul aripin ngn fatah amin. Puuuii!

    3

    0
  13. &[email protected]£€%#+!? says:

    Lpsni dgr cite rita rudaini lak kena tggl ngn donna muslim…

    4

    0
  14. Sam says:

    minah ni nama slalu kuar blog gossip..tapi i still dont know who she is, which drama she stars in…

    so ZZZzzzzz

    2

    0
  15. Anonymous says:

    seperti yg dijangka. apa nak heran. kesian..anis ni aku knl pun sbb bercinta then pts dgn sharnaaz.pstu ini pulak. kalau soal kariernya mmg aku tak tau. apa produk dia prnh hslkan..gosip bercinta ja lbh.

    1

    0
  16. Anonymous says:

    XKENAL…next

    0

    0