Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Anis Al – Idrus Sahkan Masih Bercinta Dengan Raja Afiq

Pelakon Anis Al – Idrus menafikan gosip kononnya percintaan beliau bersama hero drama Sayangku Kapten Mukhriz iaitu Raja Afiq sedang retak menanti belah.

Advertisement

Anis akui beliau terkejut mendengar khabar angin berkenaan dan menyifatkan penyebaran berita itu sebagai satu fitnah kerana mereka masih lagi bergelar pasangan kekasih.

Cerita (putus) itu tidak benar. Terkejut dibuatnya. Saya baru saja pulang dari kampung di Kelantan bersempena dengan cuti Raya Haji, tiba-tiba timbul pula khabar angin seperti ini.

Itu semua fitnah. Saya hairan siapa yang menyampaikan cerita yang tidak betul itu. Mungkin ada pihak yang tidak senang dengan perhubungan kami. Cuma yang saya tahu, pengikut Instagram saya sering bertanya kenapa saya tidak memuat naik gambar sejak dua hari lalu.

Sebenarnya faktor jadual kerja masing-masing yang sibuk dan jarang bertemu adalah punca gosip mereka sudah putus cinta bertebaran.

Advertisement

Menurut Anis, berita seperit itu tidak perlu lagi dibangkitkan kerana ia adalah ibarat doa yang tidak baik.

Janganlah bersangka kurang elok atau mendoakan yang buruk. Saya harap jangan diperbesarkan cerita tidak benar ini mahu pun membangkitkan isu yang tiada.

Biasalah tu, bila ceburi sahaja bidang seni pasti pelbagai gosip dan spekulasi yang akan timbul meskipun ia tidak benar. Apa-apa pun, baguslah perasaan cinta masih lagi membara didalam hati Anis dan Raja Afiq. Mana lah tahu kalau ada jodoh sehingga jinjang pelamin.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama