Rahsiakan Ancaman Toyol, Seorang Pengamal Perubatan Islam Buka Mulut

Trending

Rahsiakan Ancaman Toyol, Seorang Pengamal Perubatan Islam Buka Mulut

Tidak dinafikan, kita sememangnya tidak dapat lari daripada mengalami atau melihat dengan mata sendiri pengalaman mistik yang seram dalam kehidupan seharian kita. Secara sedar atau tidak sedar, makhluk halus seperti toyol, pontianak, pocong dan pelbagai lagi memang berada di sekeliling kita walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Perkara-perkara mistik ini pasti boleh berlaku kepada sesiapa sahaja kerana di sisi agama juga kita di didik untuk mempecayai kewujudan makhluk halus ini. Lebih merisaukan apabila ada individu yang mengambil kesempatan dengan menggunakan makhluk halus ini untuk menganiaya orang lain.

Advertisement

2 bulan lalu

"Ada 'Benda' Yang Memerhatikan Saya Sewaktu Tidur"

Gangguan atau kejadian melibatkan makhluk halus ini kadangkala membimbangkan sesetengah pihak kerana ada kejadian yang berlaku sehingga mampu menyebabkan berlakunya kecederaan, kesakitan serta gangguan yang tidak dapat dikesan melalui perubatan moden.

“Jika dihebohkan, toyol ini akan lebih mengganas,” – Pengamal perubatan Islam

Menurut KOSMO, seorang pengamal perubatan Islam tidak menolak kemungkinan misteri kehila­ngan wang milik penduduk di tiga buah kampung di Kubang Kerian mempunyai kaitan dengan jin yang menyerupai toyol.

Mohamad Aziz Che Man, seorang pengamal perubatan Islam dari Pusat Rawatan Islam Darul Suffah berkata, sebelum ini penduduk Kampung Tok Kenali, Kampung Pulai dan Kampung Polong tidak mahu kejadian tersebut dihebohkan meskipun ianya sudah lama berlaku.

Dia merasakan bahawa penduduk telah mengetahui akan akibatnya jika menghebohkan perkara tersebut sehingga ada pihak yang mahu membantu. Jika dihebohkan, toyol itu akan lebih mengganas. Tuan empunya jin akan mengarahkan makhluk belaannya mencuri le­bih banyak duit penduduk.

“Sebab itu, ramai mangsa hanya mendiamkan diri meskipun mereka tahu perbuatan itu angkara siapa,” kata Mohamad Aziz Che Man

Tambahnya lagi, masih terdapat masyarakat pada zaman moden yang membela toyol untuk bekerja dan mencuri wang atau harta penduduk setempat. Kejadian toyol mencuri duit penduduk ini juga pernah berlaku di Pasir Puteh, Tanah Merah dan Jeli.

Sebagai umat Islam, harta atau wang yang disimpan seharusnya dilakukan bersama ikhtiar iaitu sekurang-kurangnya membaca bismillah agar setiap harta dapat dilindungi daripada diambil tangan-tangan jin.

Namun, mangsa boleh melakukan apa sahaja petua tetapi perkara paling pen­ting adalah kebergantungan kepada Allah SWT.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...