“Ada ‘Benda’ Yang Memerhatikan Saya Sewaktu Tidur”

Trending

“Ada ‘Benda’ Yang Memerhatikan Saya Sewaktu Tidur”

Seperti yang kita tahu, secara sedar atau tidak sedar sebenarnya kita sememangnya tidak dapat lari daripada mengalami pengalaman mistik yang seram dalam kehidupan seharian kita sama ada ketika terjaga mahupun tidur.

Tidak dinafikan, perkara-perkara mistik ini sememangnya boleh berlaku kerana di sisi agama juga kita di didik untuk mempercayai kewujudan makhluk alam ghaib yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Advertisement

3 years ago

Ibu Seram Sejuk Anak Gelak Bersungguh Walau Tak Diagah

Perihal gangguan atau kejadian melibatkan perkara-perkara mistik ini kadangkala membimbangkan sesetengah individu kerana ada kejadian yang mampu menyebabkan berlakunya kecederaan, kesakitan serta gangguan yang tidak dapat dikesan melalui perubatan moden.

Namun begitu, zaman sekarang ini banyak perkara yang mampu dijadikan content di laman media sosial oleh sesetengah pengguna termasuklah insiden yang melibatkan perkara-perkara mistik ini.

Gadis hairan apabila menyedari terdapat gambar dirinya ketika sedang tidur di dalam telefon, siapa yang ambil gambar tersebut?

Baru-baru ini tular di laman media sosial Instagram, sebuah perkongsian daripada seorang gadis dalam story Instagramnya yang menceritakan tentang satu kejadian mistik berlaku ke atas dirinya. Cerita mistik gadis ini telah tular di banyak laman media sosial yang lain termasuklah Facebook dan TikTok.

Dalam perkongsian gadis tersebut, dia berasa terkejut dan aneh apabila muncul gambar yang agak mencurigakan di dalam galeri telefonnya iaitu gambar dia sedang tidur.

Gambar tersebut betul-betul kelihatan seperti ada orang yang membantu untuk mengambil gambar kerana agak mustahil untuk gadis tersebut bertindak mengambil gambarnya sendiri kecuali menggunakan tripod atau meletekkan di atas sesuatu benda seperti almari atau meja.

'Benda' ambil gambar gadis ketika tidur

Gambar gadis tersebut yang diambil oleh sesuatu yang tidak dikenal pasti – via Instagram

Apa yang lebih aneh dan pelik adalah gadis tersebut tinggal bersendirian di rumah, jadi tidak mungkin ada orang lain yang mampu bertindak mengambil gambarnya sebegitu rupa.

Dia turut berkongsi gambar diambil itu yang sudah dicerahkan semula kerana gambar asalnya yang gelap. Gambar tersebut benar-benar menunjukkan yang dia sedang tidur di atas katilnya.

'Benda' ambil gambar gadis ketika tidur

Gambar gadis tersebut yang diambil oleh sesuatu yang tidak dikenal pasti selepas dicerahkan semula – via Instagram

“Saya tinggal bersendirian”

Menurut gadis itu untuk menceritakan lebih mendalam tentang kejadian tersebut, dia tinggal bersendirian di rumahnya dan adik-beradiknya langsung tiada di rumah ketika kejadian itu berlaku.

"Benda' ambil gambar gadis ketika tidur

Tangkap layar perkongsian gadis itu tentang kejadian mistik tersebut – via Instagram

Tambahnya lagi, dia ketika itu sedang tidur bersendirian di dalam biliknya malah sudah memastikan semua pintu sudah dikunci kerana tinggal berseorangan dirumah.

Gambar tersebut diambil pada pukul 3 pagi sedangkan gadis itu sudah pun tidur ketika itu

'Benda' ambil gambar gadis ketika tidur

Tangkap layar perkongsian gadis itu tentang kejadian mistik tersebut – via Instagram

Apa yang membuatkan gadis itu berasa pelik adalah dia tidur pada pukul 1 pagi ketika hari kejadian dan gambar tersebut diambil pada pukul 3 pagi.

gambar di atas yang dia kongsikan dalam perkongsian tersebut juga dia telah bertindak menerangkan yang dia telah screenshot gambar itu pada pukul 11.22 pada hari tersebut dan jam masih lagi belum sampai ke pukul 12.

Ini bermakna, gambar yang ditangkap pada pukul 3 pagi itu masih lagi dianggap gambar di hari yang sama di dalam galeri telefonnya.

Gadis itu menjelaskan yang tidak ada tempat untuk dia letakkan telefonnya bagi menjawab persoalan orang ramai yang mungkin merasakan gambar tersebut diambil oleh dirinya sendiri

'Benda' ambil gambar gadis ketika tidur

Tangkap layar perkongsian gadis itu tentang kejadian mistik tersebut – via Instagram

Tambah gadis itu lagi, sudah menjadi rutinnya setiap malam sebelum tidur untuk membuka YouTube di telefonnya bagi menonton video dan mendengar podcast sehingga matanya terlelap sendiri.

Jadi, kedudukan dan posisi telefonnya sememangnya akan berada disampingnya sepanjang malam. Dia menjelaskan perkara itu supaya orang ramai faham yang gambar itu sememangnya bukan di ambil oleh dirinya sendiri.

'Benda' ambil gambar gadis ketika tidur

Tangkap layar perkongsian gadis itu tentang kejadian mistik tersebut – via Instagram

Dia sendiri merasa pelik apabila melihat gambar yang diambil tersebut berada di posisi lain sedangkan posisi telefonnya ketika dia bangun keesokan harinya juga masih sama di posisi terkahir dia meletakkan telefonnya itu iaitu disebelahnya.

Gadis itu menambah lagi yang dia sememangnya akan tidur menggunakan lampu LED berwarna ungu pada setiap malam. Gambar yang diambil oleh seorang yang misteri itu juga menunjukkan keadaan dalam bilik itu hanya terpancar cahaya daripada lampu LED tersebut.

'Benda' ambil gambar gadis ketika tidur

Tangkap layar perkongsian gadis itu tentang kejadian mistik tersebut – via Instagram

Kejadian aneh tersebut terus menjadi tanda tanya bagi gadis itu. Apa yang memusykilkan dirinya adalah bagaimana gambarnya ketika sedang tidur di atas katil boleh ada di dalam telefonnya sedangkan dia sudah tidur dan siapa yang mengambil gambar tersebut?

Ramai pengguna lain turut berkongsi kisah seakan sama dengan kejadian yang dialami gadis itu

Dalam perkongsian tersebut juga, gadis itu sempat berkongsi beberapa tangkap layar yang memaparkan mesej daripada beberapa pengguna lain yang menceritakan kepadanya tentang kejadian hampir sama berlaku juga kepada mereka.

'Benda' ambil gambar gadis ketika tidur

Antara mesej yang dikongsikan oleh pengguna lain kepada gadis tersebut – via Instagram

Rata-rata pengguna yang menghantar mesej kepadanya juga pernah mengalami kejadian yang hampir sama dan itu sekaligus membuatkan gadis itu lebih kuat mengatakan yang ada ‘benda’ tidak diketahui yang bertindak melakukan perkara mistik tersebut.

'Benda' ambil gambar gadis ketika tidur

Antara mesej yang dikongsikan oleh pengguna lain kepada gadis tersebut – via Instagram

Cerita tentang kejadian mistik dialami gadis ini telah tular di kebanyakan platform media sosial bahkan bukan sahaja bagi pengguna media sosial di Malaysia.

Ramai pengguna luar negara khususnya di Indonesia yang turut memberikan komen dan reaksi mereka terhadap kejadian tersebut.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...