Ragam Kanak-Kanak Kacau Ayahnya Solat Buat Netizen Ketawa

Trending

Ragam Kanak-Kanak Kacau Ayahnya Solat Buat Netizen Ketawa

Seperti yang kita tahu, anak merupakan kurniaan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT kepada pasangan suami isteri. Kehadiran anak atau kanak-kanak dalam keluarga mampu mengubah suasana keluarga di rumah.

Tidak dinafikan, pasangan ibu bapa serta keluarga yang mempunyai kanak-kanak di rumah sememangnya mempunyai suasana rumah yang kecoh dan meriah.

Advertisement

3 bulan lalu

Telatah Dua Budak Kecil Gaduh Manja Buat Netizen Terhibur

Pasti ada saja perkara baru yang ingin dicuba, maklumlah kanak-kanak ini sedang berada dalam fasa baru hendak kenal dunia. Ragam kanak-kanak ini juga sedikit sebanyak mampu untuk mengiburkan suami isteri di rumah.

Bagi pasangan suami isteri yang mempunyai anak kecil, nikmati lah detik-detik berharga ini selagi boleh kerana segalanya pasti berubah apabila kanak-kanak tersebut sudah meningkat umur. Bila mereka sudah besar, mesti kita akan rindu detik-detik tersebut.

Kanak-kanak main dalam kain ayahnya ketika solat, ibu dan ayah terpaksa menahan ketawa

Tular baru-baru ini di laman media sosial TikTok, sebuah perkongsian video yang memaparkan telatah seorang kanak-kanak ketika ibu dan ayahnya sedang solat berjemaah di rumah.

Advertisement

Apa yang menarik perhatian ramai penonton adalah apabila kanak-kanak tersebut bertindak mengganggu ayahnya yang sedang solat dengan bermain di dalam kain ayahnya itu.

Lebih menghiburkan apabila dapat dilihat ayah dan ibunya yang sedang solat itu terpaksa untuk menahan ketawa dan meneruskan solat mereka.

Namun begitu, dua ke tiga kali juga solat mereka terbatal dan terpaksa solat semula dari awal kerana tidak mampu untuk menahan ketawa apabila melihat gelagat kanak-kanak tersebut.

Bertambah lucu apabila di akhir perkongsian video tersebut, kanak-kanak itu bertindak berdiri di hadapan ayahnya yang sedang solat lalu ketawa dengan riangnya.

“Ni kalau maghrib macam ni, sampai ke isyak tak habis”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 733.4 ribu tontonan, 51.2 ribu tanda like dan 1 ribu komen. Rata-rata netizen turut ketawa melihat telatah kanak-kanak mengganggu ayahnya solat itu.

Kanak-kanak main dalam kain ayahnya

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Advertisement
Kanak-kanak main dalam kain ayahnya

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ada juga yang berseloroh mengatakan jika situasi tersebut berlaku ketika mereka sedang solat maghrib, sampai sudah masuk waktu isyak pun mereka masih tidak habis solat lagi.

Tidak kurang juga yang berkongsi mempunyai pengalaman yang sama dengan pasangan suami isteri tersebut apabila anak mereka juga selalu melakukan tindakan sebegitu.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...