Raf Yaakob Dan Mawar Rashid Bercerai Secara Baik, Alasan Sudah Tiada Persefahaman

Hiburan

Raf Yaakob Dan Mawar Rashid Bercerai Secara Baik, Alasan Sudah Tiada Persefahaman

Tamat sudah teka-teki mengenai pergolakan rumah tangga antara pelakon Mawar Rashid dan suami, Raf Yaakob apabila mereka berdua bersetuju untuk bercerai atas dasar tiada lagi persefahaman.

Mawar menerusi satu hantaran media sosial berkata, dia dan Raf masih lagi berbaik dan kini memberikan fokus sepenuhnya terhadap anak-anak mereka.

Advertisement

Mawar rashid raf

Kami berdua bersetuju untuk berpisah atas dasar tiada persefahaman. Raf dan saya kekal berhubunga baik.

Fokus kami sekarang adalah memberi sokongan dan kasih sayang yang diperlukan oleh anak-anak kami.

Terdahulu, muncul desas-desus yang mengatakan rumah tangga kedua selebriti itu mula goyah apabila aktres itu telah memadam gambar suaminya di media sosial.

Namun, Mawar tidak mendedahkan secara lanjut tentang bilakah tarik sebenar keduanya memfailkan perceraian.

Mawar juga sempat mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua selama ini.

Sekadar info, Mawar dan Raf telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2017.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad, Raden Seri Rosabella Cinta dan Raden Seri Riyanna Sayang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fazley yaakob
5 months ago

Mawar Rashid & Raf Didakwa Bakal Bercerai, Fazley Yaakob Beri Respon - "Apa Yang Saya Boleh Cakap..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...