Mawar Rashid & Raf Didakwa Bakal Bercerai, Fazley Yaakob Beri Respon – “Apa Yang Saya Boleh Cakap…”

Hiburan

Mawar Rashid & Raf Didakwa Bakal Bercerai, Fazley Yaakob Beri Respon – “Apa Yang Saya Boleh Cakap…”

Pelakon Mawar Rashid dan suami, Raf Yaakob dikhabarkan sepatutnya hadir ke mahkamah syariah semalam namun kelibat kedua-duanya tidak kelihatan.

mawar rashid
5 months ago

Didakwa Bakal Bercerai, Mawar Rashid & Raf Yaakob Sepatutnya Ke Mahkamah Syariah - "Tak Pasti Kenapa Tak Hadir. Mungkin..."

Advertisement

Dakwaan bahawa pasangan itu bakal berpisah mengejutkan ramai pihak dan sudah tentu abang ipar Mawar, cef selebriti Datuk Fazley Yaakob menjadi tumpuan pihak media.

Fazley, 45, bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkenaan dakwaan penceraian Mawar dan Raf namun meminta orang ramai memberikan pasangan itu ruang.

Saya mohon maaf, saya enggan ulas lanjut mengenai dakwaan itu. Saya mahu memberikan ruang kepada Raf dan isteri. Apa yang saya boleh cakap, saya mohon semua pihak mendoakan yang baik-baik. Saya pasti mereka akan beri penjelasan mengenai dakwaan ini.

fazley

Kontroversi yang mengatakan pasangan ini bakal bercerai pada mulanya tercetus selepas Mawar membuat keputusan untuk membuka tudung baru-baru ini.

Lebih menimbulkan tanda tanya apabila pelakon itu memadam gambar gambar Raf daripada Instagram dan turut unfollow suaminya itu.

mawar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...