Didakwa Bakal Bercerai, Mawar Rashid & Raf Yaakob Sepatutnya Ke Mahkamah Syariah – “Tak Pasti Kenapa Tak Hadir. Mungkin…”

Hiburan

Didakwa Bakal Bercerai, Mawar Rashid & Raf Yaakob Sepatutnya Ke Mahkamah Syariah – “Tak Pasti Kenapa Tak Hadir. Mungkin…”

Sejak semalam, hangat menjadi perbualan tentang rumah tangga pelakon Mawar Rashid dan suami, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf Yaakob yang didakwa bergolak.

Ia gara-gara tindakan Mawar yang telah mencetuskan tanda tanya selepas dia memadam gambar-gambar suaminya itu daripada akaun Instagram.

Advertisement

mawar

Lebih menguatkan lagi dakwaan, seorang sumber mendedahkan bahawa pasangan berkenaan sepatutnya hadir ke mahkamah syariah, semalam.

Sepatutnya mereka ke mahkamah hari ini, tapi tak pasti pula kenapa tak jadi. Mungkin berbaik semula. Kita doakan saja yang baik-baik buat mereka.

Raf sebaliknya masih menyimpan dan tidak memadam gambar bersama Mawar di Instagram namun kedua-duanya masih belum memberikan komen tentang dakwaan tersebut.

mawar raf

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

mawar rashid
5 months ago

Padam Gambar Suami Di IG, Rumah Tangga Mawar Rashid Bergolak?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...