Radin Era Luah Pendapat, Seorang Pengacara Perlu Peka Menjaga Sensitiviti

Hiburan

Radin Era Luah Pendapat, Seorang Pengacara Perlu Peka Menjaga Sensitiviti

Bagi pendapat penyampai radio dan pengacara berpengalaman Radin Amir Effendi, sebaiknya seorang yang bergelar pengacara haruslah lebih peka menjaga sensitiviti apabila mengacara sesebuah rancangan.

Radin Era
3 years ago

Sambutan Paling Sedih Dan Sayu, Radin Era Pertama Kali Sambut Hari Jadi Tanpa Ibu

Advertisement

Radin tidak menafikan yang segelintir pengacara seperti ‘terlupa’ untuk menjaga aib rakan artis ketika dalam rancangan kerana terlalu selesa dengan artis tersebut yang dianggap ‘sahabat rapat’.

Kadang kala, ada segelintir pengacara terlalu selesa dengan artis tersebut sehingga dia rasa perkara ini adalah sebagai gurauan.

Tambah Radin, seeloknya pengacara itu perlu mengamalkan sikap profesional sebagai seorang hos dalam bertanyakan sesuatu soalan agar dapat mengelakkan isu yang tidak diingini daripada berlaku.

Radin turut memaklumkan yang kadangkala sesuatu pertanyaan itu lebih kepada santai tetapi mungkin akan menimbulkan isu dengan penggunaan ayat bila bertanya sedangkan pengacara tersebut tiada niat untuk menjatuhkan aib artis itu.

Mengulas lanjut, Radin tidak menafikan yang ada segelintir pengacara seperti mengambil kesempatan untuk ‘memanaskan’ lagi isu yang sememangnya sudah menjadi bualan orang ramai terhadap seseorang artis itu.

Radin

Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan ada juga segelintirnya mengambil kesempatan di atas kesempitan terhadap seseorang artis.

Ujar Radin lagi, mencari seorang pengacara yang bagus dalam sebuah majlis atau rancangan adalah penting tetapi ia bergantung juga kepada pemain industri yang dilihat sudah ada pengacara mereka dalam sesebuah rancangan.

Radin atau nama sebenarnya Radin Amir Affendy Ahmad Aruani turut memberitahu yang bukan kerana perubahan zaman tentang cara mengacara, bahkan ini kerana permintaan penonton sendiri serta pemain industri tahu apa yang penonton mahukan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...