Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sambutan Paling Sedih Dan Sayu, Radin Era Pertama Kali Sambut Hari Jadi Tanpa Ibu

Radin Era

Kehilangan ibu tersayang pada awal bulan lalu pastinya menjadi detik sedih buat Radin Era apabila sudah tiada lagi kehadiran ibu di sisi.

Radin EraSumber : Instagram Radin Era  

Pengacara dan juga penyampai radio, Radin yang baru sahaja menyambut hari kelahiran yang ke-31 berkata, sambutan kali ini merupakan sambutan yang luar biasa apabila menyambutnya tanpa ibu seperti tahun-tahun sebelumnya.

Advertisement

Meskipun begitu, Radin berkata dia reda dengan pemergian ibu tersayang memandangkan Allahyarhamah telah menanggung sakit hampir 37 tahun.

Radin dilihat telah berkongsikan momen istimewa sambutan hari jadinya menerusi laman Instagram untuk tatapan peminat dan pengikut media sosialnya.

View this post on Instagram

A post shared by RAA (@radin_era)

Advertisement

“Today is my birthday. Tanggal 18 Februari adalah hari paling sayu dan sedih untuk saya setelah pemergian bonda tercinta, Allahyarham Feridah Hashim yang telah berjuang selama 37 tahun seabgai ‘lung failure survivor’. Namun Allah lebih sayangkan Mama dan nak berikan mama rehat setelah apa yang mama tanggung selama ini.”

Ujar Radin lagi, meskipun pada luarannya dia kelihatan tenang dan tersenyum namun dalam hati hanya tuhan yang tahu apa yang terkandung dalam hatinya.

View this post on Instagram

A post shared by RAA (@radin_era)

Penyampai radio Era Fm itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menitipkan ucapan hari lahir buat dirinya.

Perkembangan lain, Radin bakal muncul dengan program terbaru anjuran Media Hiburan yang diberi nama MHthrowback menerusi saluran Astro Prima dan Astro On Demand mulai penghujung Mac ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top