“Putus Cinta Ke Dik” – KL Banjir Kilat, DBKL Jumpa Teddy Bear besar Dalam Saluran Longkang

Berita

“Putus Cinta Ke Dik” – KL Banjir Kilat, DBKL Jumpa Teddy Bear besar Dalam Saluran Longkang

Sejak kebelakangan ini, ibu kota Kuala Lumpur seringkali ditimpa musibah banjir kilat meskipun hanya mengalami hujan lebat selama dua hingga tiga jam sahaja.

Antara permasalahan yang menjadi punca terjadinya banjir kilat adalah seperti pembangunan yang tidak terkawal, saliran yang tidak efisien dan pelbagai faktor lagi.

Advertisement

Menerusi satu perkongsian di laman rasmi Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, rakaman pembersihan longkang tersumbat di kawasan banjir dipercayai di Bulatan Merdeka telah mengejutkan ramai pihak.

Dalam video tersebut, terdapat patung mainan bersaiz manusia telah dicampak ke dalam longkang sehingga menyebabkan saliran longkang tersumbat sekaligus menyebabkan banjir kilat.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa kecewa kerana ada yang bersikap tidak bertanggungjawab kerana membuang sampah merata-rata sehingga menyusahkan orang lain.

FacebookSumber : Facebook  

Netizen juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada skuad banjir dan pembersihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kerana bertindak pantas membersihkan saliran tersumbat selain meninjau kawasan ‘hot spot’ banjir di ibu kota.

kkm monkey pox
3 years ago

"Jangan Sebar Berita Tak Sahih"- KKM Tak Terima Sebarang Laporan Monkeypox Di Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...