“Jangan Sebar Berita Tak Sahih”- KKM Tak Terima Sebarang Laporan Monkeypox Di Malaysia

Berita

“Jangan Sebar Berita Tak Sahih”- KKM Tak Terima Sebarang Laporan Monkeypox Di Malaysia

Semalam tular di media sosial Twitter mengenai satu hantaran foto yang memaparkan seorang kanak-kanak didakwa telah dijangkiti virus Monkeypox ataupun cacar monyet di Malaysia.

Penularan foto tersebut ternyata telah menimbulkan perasaan cemas dalam kalangan netizen dan sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara itu.

Advertisement

Menurut KKM, pihak mereka telah mengesahkan belum menerima sebarang notifikasi berhubung penularan virus tersebut.

Sehingga 24 Mei 2022 jam 5 petang, KKM tidak menerima sebarang notifikasi berkenaan kes yang dijangkiti cirus monkeypox atau kes kanak-kanak yang dikatakan dijangkiti virus monkeypox seperti dalam mesej berserta gambar yang ditularkan dalam media sosial.

Selain itu, KKM juga menyarankan ibu bapa atau waris kepada kanak-kanak tersebut untuk membawanya ke fasiliti kesihatan kerajaan berdekatan dengan segera bagi mendapatkan rawatan, jika ia benar dan sahih.

KKM juga menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan atau menyebarkan berita tidak sahih atau yang belum pasti kerana boleh mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat netizen.

Terdahulu, tangkap layar foto memaparkan kanak-kanak itu mempunyai simptom sama seperti pesakit cacar monyet itu telah tular.

monkey poxSumber : Twitter  

Berita tersebut yang disebarkan menerusi WhatsApp turut mendakwa media dan juga KKM tidak mengeluarkan berita mengenai virus itu sudah tiba di Malaysia.

“Lepas tu berita tak keluarkan pun. Dasar Malaysia betul. Nanti kes dah beratus baru nak masuk berita,” tulis individu itu menerusi status WhatsApp.

hfmd
2 years ago

"Tak Galak Rawat HFMD Guna Serbuk Kunyit Dan Daun Semambu" - KKM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...